Wednesday 15 June 2011

- KISAH YANG MENYENTUH PERASAAN -

Aku pun tak ingat hari itu hari yang keberapa dalam bulan Ramadhan, Aku mcm biasa datang bekerja utk menunaikan tanggungjawab sebagai 'budak praktikal' . Hari itu entah hari keberapa aku berada di bilik bersalin.. aku bukannye nak bersalin pun, tapi sekali lagi diulangkan bahawa aku berada di bilik bersalin utk menunaikan tanggungjawab sebagai 'budak praktikal'. 


Pagi itu, keadaan bilik bersalin tu seperti kebiasaannya mmg sentiasa 'havoc'. Setiap bilik telah berpenghuni sejak pagi lagi.. Masing-masing menunggu giliran utk 'meneran'.  Bilik bersalin yg dipenuhi dengan gambar2 bayi yg tersenyum serta bunga2 di tampal dinding2 bagi mewujudkan suasana yg harmoni dan ceria ditambah lagi dengan suntikan senyuman para jururawat yang bertugas menambahkan lagi semangat serta motivasi utk aku memulakan tugas di pagi hari itu. :)


Tangisan bayi2 yang baru lahir mewujudkan suatu irama yang begitu unik sehingga memberi ilham utk para pencipta lagu menghasilkan karya yang sempurna! Bayi2 yang selamat dilahirkan ditempatkan di suatu ruangan untuk dibersihkan oleh jururawat yang bertugas. Bayi2 itu diusap dengan lembut. Sisa2 darah dan air ketuban yg dari rahim ibu yang melekat pada badan bayi dibersihkan.Curahan air yang begitu halus di alirkan kepada bayi untuk menerbitkan  kesegaran kepada bayi..Namun, Walaupun senyuman manis yang diberikan oleh sang jururawat,si bayi tetap menangis. Sang jururawat seolah-olah sudah biasa dengan keadaan itu, walaupun bayi itu tidak termakan dengan senyuman palsu sang jururawat, namun sang jururawat tidak berputus asa utk terus melemparkan senyuman.


Aku menjenguk kedalam bilik bersalin. Kelihatan Doktor2 dan jururawat2 sedang menyempurnakan tugas2 terakhir dalam menyambut kelahiran. Bayi telah selamat dilahirkan. Si ibu juga selamat melahirkan bayi. Namun tugas Doktor dan Jururawat harus diselesaikan. "Pintu yang dibuka harus ditutup semula."
Disitu lah,aku mula belajar melihat apa yg selama ini dikatakan 'sulit'. Aku mengenali 'sang uri'. 


"Banyaknya darah...." bisik aku dalam hati. Aku terus berlalu kebilik sebelah.


Dibilik sebelah, kelihatan jururawat sedang menyediakan peralatan di atas troli. 


"Os dah nak full ni, kita dah kena prepair barang2.Nak delivery ni..." Akak misi memberitahu aku dan misi2 yang berada dalam bilik itu.


Semua org dalam bilik itu pun bersedia utk menyambut bayi yang bakal dilahirkan. Wanita yang bakal melahirkan bayi itu diberitahu bahawa anaknya sudah hampir nak bersalin. Wanita yang berusia dalam lingkungan 25 tahun itu mengangguk walaupun muka nya menahan kesakitan.


Kedudukan wanita itu dibetulkan supaya mudah untuk proses bersalin. (Apa yang telah aku lihat tidak perlulah dinyatakan di sini ye....hihihi ) Wanita itu dah tak tahan, dia dah nak bersalin! 


"Push! Push! Push!" arah Misi yang sedang menunggu bayi keluar dari rahim wanita tersebut.
Semua yang berada dalam bilik itu mengarahkan wanita itu untuk meneran dengan cara yg betul supaya bayi dapat dikeluarkan dengan mudah.. 


Aku yang sedari tadi berada disisi wanita itu hanya memerhatikan gelagat misi2 tersebut. Salah seorang misi yang berada dlm bilik itu bertanya kepada aku, 


"kenapa kau tercegat je sebelah patient tu, taknak tengok ke mcm mana cara2 sambut bayi ni?"
" tak pe lah kak, saya puasa ni, tak elok tengok banyak sangat... boleh batal puasa saya! " hahaha sempoi x ayat aku??  Jururawat tu terus seyap. Aku bukan nak mengelak, tapi serius x sanggup melihat alat sulit orang lain lama2... Walaupun untuk belajar, tapi tengok lama2 pun x baik sangat... nnt org kata aku nak menggatal pulak...


"Teran lagi. teran, teran, Push!!!! " Aku tegok muka wanita tu, tengah meneran pun masih ayu.... Dalam hati aku, ni mesti anak pertama dia...Sebab tu aku mls nak g tgk bayi dia keluar.. kalau lah ada suami dia dalam bilik tu, mesti aku kena keluar. Masa orientasi dulu aku dah diberitahu bahawa student lelaki x boleh ada dlm bilik bersalin kalau suami pesakit pun ada dalam bilik bersalin.


Bayi dah nak keluar, tapi wanita tu masih lagi x pandai nak teran dengan cara yg betul. Tak boleh jadi ni, aku pun mesti kena ajar wanita tu cara yang betul supaya bayi dia tak lemas nanti.


"Kak, teran dengan betul, jangan berhenti. Push betul2" Arah aku.
Wanita itu pandang aku, mukanya yang ayu sedang menahan kesakitan utk meneran. Tiba-tiba dia genggam erat tangan aku lalu berkata, 


"Dik, maaf ye, akak nak pegang tangan adik " 


".............."


************************************
p/s - terharu dengan peristiwa ini. Disaat seorang isteri sedang bertarung nyawa utk melahirkan seorang insan di dunia ini, mereka memerlukan seorang lelaki @ suami untuk memberi semangat kepada mereka.


Renung-renungkanlah.....



Thursday 9 June 2011

Bukan kes Buang Anak Tapi.....

Hari Ahad lepas aku telah pergi ke suatu pusat peranginan besame dgn family aku.... Mmg happening la tempat ni.. ramai orgggg ...Rase mcm kat Hawaii pun ade jgak cuma xda la aweks2 yg pakai bikini n bra yg mahal2...  dorang pakai yg murah2 je kat sini..


Hari tu cuacer x payah nk cakap la...Terbaikkkk punye...Aku tgk anak2 buah aku bukan maen hepi punyer dorang ni..excited giler...Ahhh lantak la budak2 tu, jgn hilang n lemas sudah...Aku ngn mak aku cari port baik punye bawah pokok kelapak..bentang tikar..Aku pun amik kamera aku, snap gambar anak2 buah aku ngn adik2 aku tgh main tepi pantai....


Time aku tgh syok amik gambar tu, aku jadi kaget,konpius n seram sejuk serta excited biler melihat kekejaman yg dilakukan oleh satu family tu...Ini bukan main2 lagi ini dah jadi betul2.... aku tgk yg si anak dah terbaring senyap siap boleh senyum2 lagi...takde pun nak nangis mintak tolong...


Yang aku ni, x berani nak tgk dekat2.. aku tgk dari jauh jer... Yang menghairankan aku, bukan main ramai manusia kat pantai tu, xda sorang pun yg berani menegur perbuatan mak bapak tu yg sedang melakukan kekejaman terhadap anak dia... Yang aku lagi geram tu bukan mak n bapak budak tu je.. abg n kakak kepada budak tu pun turut serta dgn mak bapak dorang.. "Ishhh x bleh jadi ni, aku mesti amik gambar antar kat wartawan sinar harian ni! " bisik aku dalam hati..


Aku bg tau mak n kakak aku ttg ape yg aku nampak.. dorang leh senyum aje?? Tak berperikemanusiaan langsung!! Aku x kira, aku mesti snap kekejaman yg berlaku nih!!!


Tgk, ni hasilnya,






Aku ingat masa zaman jahiliah je dorang tanam bayi, rupe2nye, zaman skang pun ade, tgk lah betape bersungguh-sungguh nye mak bapak budak tu nak tanam anak dorang...


HUH!! 

Wednesday 8 June 2011

PAGI JUMAAT DI KOTA BHARU...

Pagi itu, aku bangun seperti biasa...bukan bangun untuk pergi keje... tapi pegi ke tempat yg famous di Kota Bharu pada setiap pagi jumaat. Alahmdulillah cuaca pagi tu mmg cukup baik...Matahari yg ceria pagi itu membuatkan aku terlebih bersemangat utk bersiap-siap. Aku dah janji dgn 'Brader KB' nk ikot dia ke tempat tu. Dia janji nk jemput aku kat umah kalau aku bangun awal.... "Apa dia ingat aku ni kuat tidor mcm member2 aku yg lain ke?? sorry sikit la bro lu silap org!" getus aku dlm hati....


Awal pagi lagi aku dah siap.. janji kul 8 pagi Brader KB nk jemput aku.. tapi kul 7.30 pagi lagi aku dah siap... hahah bukan main semangat la aku ni ye..biase la.. aku ni x suka buat org tertunggu-tunggu..kalau Brader KB datang, xda la dia kena tunggu aku bersiap....


Seperti yang dijanjikan, Brader KB ni mmg menepati janjinya.. dia dtg tepat pada masa yg dijanjikan...aku pun meluncur naik kete Brader KB... CRV hitam milik Brader KB meluncur pelahan malalui jalan2 di Kota Bharu...Dalam kete, aku diberikan syarahan awal oleh brader kat sebelah aku ni yg diberi tajuk, "Pagi Jumaat Di Kota Bharu"  Dia kate, kalau dah duk KB tapi x pegi tempat ni mmg rugi.... Menurut Brader KB lagi, di sinilah kita boleh dgn Tok Guru kesayangan Rakyat Kelantan...Brader KB cuba utk memperbatul persepsi aku ttg tempat yg nk dia nk bwk aku ni.. "kita bukannya nk pegi dgr ceramah politik..tapi dengar ceramah agama.." sambung dia lg, "kalau xnk dengar ceramah, kita g shoping n tgk2 kedai2, cuci mate.." dlm hati aku, betul ke ade tempat mcm tu, sambil dengar ceramah, boleh g shoping... Best!!


Sampai di tempat yg dijanjikan, wahhhh...aku terlopong sendirian...Brader KB yg berada di sebelah melempang mulut aku perlahan  menyuruh aku menutup mulut yg terlopong... x sangka ramai betu orang. Tua, muda, kecil, lelaki dan perempuan sumernya ada...takkira darianak kecil sampai lah tua kerepot pun ada menghadiri pertemuan yg super hebat di pagi jumaat ini...Sumernye berketayap dan berjilbab.. 


Tak kira semua lapisan umur pun turut menghadiri ceramah agama yg diadakan setiap hari jumaat di kota bharu..Menurut Brader KB, kesemua yg datang ni bukan sahaja dari kota bharu..tapi seluruh pelusuk negeri serambi mekah ini... Semua hadir utk mendengar ceramah disamping berkumpul bersama-sama umat islamyg lain dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama saudara Islam.. Lihat sajelah gambar kat atas ni, anak2 kecil pun dibawa untuk mendengar ceramah agama yg disampaikan..Indahnya suasana di pagi jumaat ini yg x mungkin dapat kita rasai dimana2 negeri di seluruh Malaysia ni...







Ceramah agama yg diadakan pada setiap pagi jumaat ini sebenarnya terletak berdekatan dgn pasar lama MPKB, iaitu di bangunan Pas kota bharu...Aku seperti biasa, datang bukan utk mendengar ceramah agama tetapi aku dtg sebagai seorang pelancon yg ingin menikmati keindahan pagi jumaat di Kota Bharu... Begitu banyak bazaar dan gerai2 yg ada disitu... Majoriti peniaga adalah terdiri dari org melayu...Pelbagai barangan dan peralatan yg dijual..


Apa yg dapat aku perhatikan disini, peniaga lelaki dan peniaga wanita diasingkan tempat jualannya..Ditempat jualan lelaki ada juga pengunjung wanita yg datang membeli.. tetapi biler aku melalui ruangan niaga utk pengunjung wanita, jarang dapat lihat org lelaki di situ... Adoiiii aku dah silap tempat la..
Aku dengan Brader KB terus dengan misi kami berjalan sambil bershoping...Sebenarnya aku bukannya nak bershoping pun.. sajer je nak jalan2. Sambil aku berjalan , ada jugak aku dengar ceramah yang diberikan.. mmg xda unsur politik! Kekadang tu, aku pun tertunggu-tunggu suara tok guru memberi ceramah tapi masih suara org lain....Aku tengok, ramai jugak yg berjalan-jalan usha barang2 kat bazaar ni, tapi ramai jugak yg khusyuk mendengar ceramah yg disampaikan oleh penceramah yg aku pun x nampak muka sapa... hanya dengar suara je..sebab penceramah bukanlah duduk kat atas pentas yg tinggi yg boleh dilihat semua org malah, penceramah bukan lah berdiri dia tas mimbar masjid sepeti bg khutbah jumaat, tetapi penceramah duduk di kerusi yg tidak disaluti sebarang kemewahan dunia..












Kalau nk citer bab makan, mmg banyak kat sini... Kelantan mmg kaya dgn makanan... aku jadi rabun mata setiap kali melaui gerai2 makanan disini... selain kain pakaian yg dijual, terdapat juga barangan seperti perkakas dapur, barangan elektrik, ubat-ubatan tradisional ,malah ubat tenaga batin pun ade! Awek2 yg datang pun sumer berjubah.. paling seksi pun pakai baju kurung! sedap mata memandang, sedap lagi perut mak dorang yg mengandungkan dorang....


Apa yg dapat aku simpulkan disini, tidak hairan lah mengapa org kelantan ni biler kat negeri luar mereka terlalu akrab sehinggakan member sendiri ditinggalkan biler jumpa dgn sesama kelantan. Kata Brader KB, org kelantan ni biler kat luar jadi mcm adik beradik... Aku suka keharmonian di pagi jumaat di kota bharu ni sebab mmg aku xkan jumpa di tempat lain...Tidah hairanlah mengapa org kelantan begitu menyanjungi pemerintahan Islam Di Kelantan sbb keharmonian yg aku lihat di pagi jumaat ini mmg mendamaikan.


Biler dah penat berjalan perot aku punberbunyi sbb dari pagi x makan lagi ni...Brader KB pun bawak aku g pasar siti khadijah, pegi kat tingkat atas... ada foodcourt! aku pun berjalan dgn gaya cotroll...(aku xnk tunjuk sgt yg aku lapar sbenarnya) 




Arghhhh mmg terliur aku ngn Brader KB tgk udang galah yg besar ni.. aku ukur2 rasanya lebih besar dari tapak tangan aku ni....Mmg geram tapi x mampu nk beli sbb seeko je dah mencecah harga RM25... kami terpaksa batalkan hasrat nk mkn udang galah ni...  terliur x??? HaHaHaHa...


************************8


Sekian sahaja cerita di Pagi Jumaat.


Thanx Brader KB sbb bawak aku!

Saturday 4 June 2011

Gurauan Menjadi Kenyataan!

JuLai 2010


Setelah 3 tahun aku belajar di Kolej Pembantu Perubatan di sebuah negeri Minangkabau, aku dengan rasminya menjadi seorang penganggur bebas. Bebas ini membawa maksud aku bebas dari menjadi seorang 'student'! Bukan ape... bosan lah jadi student, asik kena buli aje... korang bayangkan biler budak bisu mcm aku ni kena buli? " baik boss", "baik doktor" ... Sumer kje student nk kena buat.. abis tu dorang tu goyang kaki je??....


Sebebas mana pun aku lepas abis belaja, aku masih lagi memikirkan kat hospital mana la aku akan bekerja nanti... Adekah aku akan tercampak atau dicampakkan oleh KKM nanti?
arghhh rungsing aku la mcm ni... Dah lah dorang kata lepas abis kursus induksi pada bulan 6 aritu dorang kata batch aku akan start bekerja sebulan dari tempoh tamat kursus induksi tue.. Kompem! So time tu la aku nk enjoy puas2... nak cari keje pun x bleh..sapa nk amik aku keje utk sebulan je??
so,mcm mana aku nk kumpul duit nie... nak mulakan hidup baru sebagai pekerja hospital yg berdedikasi?? hmmm


Pejam celik, pejam celik, masa kian berlalu.....masa utk bersuka ria terasa mcm x cukup je....
setiap hari bukak fesbuk, tanya kabar kwn2 kolej...ada ke yg dah dpt tau penempatan..ape ke..
Hati aku dah mula terasa x sedap.... dah dekat sebulan tempoh yg dijanji kan aritu tapi kenapa surat tawaran keje aku dan kwn2 x dapat lagi... dorang ni menipu ke? geramnya aku....


Beberapa hari kemudian, aku tgk kat fesbuk yg ada member aku yg dah dapat penempatan dengan semak secara online di internet..... aku pun hello2 kawan2 aku yg lain... dorang suruh aku g laman web kkm utk semak penempatan....Aku menjadi semakin suspen!!! arghhhh kat mana lah aku akan bekerja nanti...
Memang x sedap hati betul lah... Dalam hati aku biarlah dapat hospital yg dalam negeri aku ni aje...Hospital2 yang ada di selangor ni sumer nya hebat... katakan saje...Hospital Sg. Buloh, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Ampang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.... Tapi kalau dapat HKL ok gak kan.....


Aku mmg x suka kalau dapat keje kat kawasan pedalaman nie....mmg x boleh hidup lah rasanya! Mcm mana nnt aku nk jmpa kawan2 aku yg kat kg tu nnt?? walaupun kg aku tu terletak di HULU SELANGOR.... dengar pun dah hulu kan... tapi kalau nk ke KL dalam sejam je ikut Highway PLUS... berbanding dengan bandar2 besar spt Ipoh, JB, Kuantan, Alor Star... jauh tu nak ke KL... hahaha
So, secara konklusinya, aku mmg x nak kuar dari Selangor ni... cukup lah masa student dulu aku dah praktikal kat seremban dan melaka.... best gak duk Melaka.. banyak hiburan,tapi kalau banyak hiburan tapi kwn2 xda pun ape gunanya kan??


**********


So,aku pun pegi ke cyber cafe kat Taman U , belakang UPSI  Tg.Malim ....  aku bukak la website KKM.
bukak je website tu,aku terus klik kat semakan penempatan pembantu perubatan. aku pun isi la aku punya no.i/c - 880804****** .... hihihi then aku klik 'semak'. Aku tgu dia punya loading bukan punye lama.... dalam hati aku, line problem ke ni?? dah la aku tgh bedebar ni... aku mula salahkan cc ni, dlm hati aku, takkan la cc pun line problem, lembap nak mampuss!! gertak hati ku....
      -Suka cita dimaklumkan nama anda belum diproses lagi, sekian harap maklum-
Terkebil-kebil mata aku membaca ape yg terpapar kat skrin komputer tue..Aku tak pecaya, aku try sekali lagi. Kali ni dia punye loading cepat je...tapi ternyata ayat skema yg sama mcm tadi keluar jugak..
Arghhhh aku mula bengang. Hati aku dah jadi x tentu arah, mcm2 yang timbul dlm kepala otak aku yg beku ni..Mcm2 perasaan timbul, aku pun x tau mcm mana reaksi muke aku mcm mana time tu.


Aku terus call kwn aku Hafiz thermostat budak Kepong..


     "weh apis, kenape aku x dapat cek ni?? nama aku xda dlm senarai la..."
     " betul ke?? nnt aku tanye yg lain2... sabar der..."


Rupe2 nya ada lagi separuh member2 aku yg x dapat penempatan mcm aku... Hati aku mula lega... Fuhh!!!


Balik rumah aku senyap je kat family aku... aku x bg tau pun kat dorang yg ada member2 aku yg dah tau penempatan...Aku bercadang nak cek lagi kat intenet esoknya...


Esoknya, perkara yg sama terjadi jugak...nama aku masih takde dalam sistem....
Dah lah tarikh lapor diri semakin hampir...aku risau tul!
Hafiz e-mail kat aku senarai nama member2 yg dah dapat penempatan dgn hospital yg dorang kena lapor diri.... tapi nama aku takde. Aku tgk, ada beberapa hospital yg masih kurang pengisian... tapi aku sedikit kecewa sbb hospital2 kat Selangor ngn KL dah penuh diisi... Yang tinggal Hospital Kuala Terengganu, Hospital Melaka, Hospital Alor Star...Tapi, Hospital Serdang kosong jugak... yeahhh aku berdoa dapat hospital serdang.. huhuhu


Beberapa hari kemudiannya nama aku masih takde dlm senarai, member2 aku ada yg dah dapat surat dari KKM utk g lapor diri...Memandangkan tarikh lapor diri dah semakin hampir... aku pun call kawan2 yg lain utk bertanya kabar.. Ada yg happy, ada yg sedih sbb kena g kerja tmpt yg jauh... yg aku bengang si Ali tu, dah lah duk KL, tapi dpt kat Seremban  je... eeeeee geramnya dgn dia...member2 yg lain kebanyakan nya dapat tmpat yg jauh dr negeri asal...kebanyakan geng2 aku budak Selangor dapat kat Hospital Pulau Pinang... aku pun dah mula terbayangkan suasana Pulau Pinang... mcm mana la kalau aku dapat kat P.Pinang... huhu aku mula berangan-angan... Of course, budak2 kelantan x dapat kat negeri dorang sendiri... Aku tgk senarai nama tu, Hospital Kota Bharu hanya di isi oleh 2 org member aku.. Dora si budak JB ngn Aiman (obor2) budak Putrajaya...dlm hati aku, HAHAHAHA x sangka korang bergandingan kat KB...hihihi ( aku gelak jahat dalam hati).


Pagi tu, Idong call aku...dia cakap dia dapat kat hospital Klang... dia dah dapat surat twaran...Arghhh 'bengkek' nye hati aku... jeles pun ada.... dia dapat kat negeri aku sendiri! Isong pun bagi lah aku nombor telepon KKM, dia suh aku call KKM tanye penempatan aku.... Kemudian Rau (dak Sabak Bernam) pun call aku, dia bg tau yg dia pun dah call KKM , dia dapat kat Kota bharu.. What??? aku terkejut...


     "serius ke ni Rau, kau dapat kat Kota Bharu???" aku tanye berkali-kali sbb x percaya..
     " ye la.. aku baru je call KKM.. dia kata aku dapat kat Kota Bharu"  Rau cuba yakinkan aku.


Masa tu,aku dalam kete ngn family aku... Aku bg tau kat mak aku yg kawan2 aku yg lain dah dapat penempatan... aku pun bg tau yg Rau dapat kat kota bharu...kemudian, aku pun bergurau dgn mak aku, aku bg tau yg aku pun mungkin dapat kat kota bharu.... ahakz! hahaha aku gelakkan kat mak aku...
masa tu, mak aku dah merah tahan marah.. mak aku mmg x nak kasi aku g jauh2.. dia kalau boleh nak aku keje kat Hospital KKB aje... huhuhu... Dalam hati aku, jgn la aku dapat kat Kelantan... Ujung Peta Malaysia woooo.......


kul 12 tgah hari,aku call KKM, banyak kali aku call, x da sapa yg angkat... arghh damn betol la...
maybe dorang g rehat ni...pikir aku dlm hati. "takpe,nnt lepas kul 2 aku call semula"


lepas kul 2pm, aku call lagi.


"Hello, Assalamualaikum.... ini KKM ke? Saya nak semak penempatan untuk Pembantu Perubatan "
" Ya, sila berikan nama dan no i/c encik." Kemudian, aku pun ikut arahan yg diberikan org dlm tepon tue...
"Untuk makluman Encik Sharizal, encik dapat penempatan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota        Bharu, KELANTAN" dengan jelas org dalam talian tu memberitahu aku...
"Ermmm, boleh ulang semula tak yg saya dapat kat mana?" aku nk kompemkan sekali lagi ape yg aku dengar tadi.
"Encik Sharizal diminta lapor diri di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan"
"Ok, terima kasih ya," aku terus letak tepon..


***************


Aku terus tergamam. bisu seketika, merenung masa depan.




   
   

SURAT BUAT SAHABAT.........


Surat ni Aku dedicated to all my friends dari kecik sampai lah ke besar panjang ni.... Surat ni mula2 aku post kat fesbuk.. tapi rasanya nak letak kat blog ni pulak la... Maaf lah kalau ada unsur2 jiwang dalam surat ni...( dah nama pun surat...)

**********************************************************************************************************88



Sahabat,
Indahnya waktu dulu kan??? Kalau dulu kita boleh bergelak-ketawa bersama-sama walaupun masing-masing tgh stress...
kita boleh keluar setiap hari bersama-sama...boleh mandi sungai,main bola,merayap sana-sini.. tapi sekarang x lagi...
Dulu suka duka kita hadapi bersama..kita sumer bersatu atas satu perkataan iaitu 'sahabat' ... sama2 kita kena marah dengan cikgu bahasa inggeris kita.. sama2 pusing kat tapak perhimpunan sebab x buat keje biologi...walaupun malu time tu tp kita tetap buat... susah senang kita bersama...

Ingat x mcm mana kita selalu tension tiap kali kelas bahasa Inggeris? Subject tu la yg kita sumer x suka dulu kan... tp berkat kesungguhan dan perancangan yg kita lakukan...kita berjaya menghantar perwakilan bidadari2 untuk memikat hati guru yang paling garang disekolah kita tu sampai menjadi guru yg paling kita sayang dan kenang sampai biler2... saat manis kita x kan pernah luput dari ingatan....

Ingat x, kita sama2 melalui hari2 di kampung bersama-sama2...walaupun sahabat2 semasa disekolah rendah telah byk meninggalkan kita, namun kita tetap bersatu  hati...bersama-sama berjanji mengejar cita2 yg satu... bertemu di menara gading...hari2 yang kitalalui penuh dengan keazaman demi mengejar cita2...berganding bahu dalam setiap perkara..

Sahabat... dulu memang lah kita kanak2 lagi... perangai pun mcm budak2 tapi kita tetap budak2... kita kan budak kampung...cakap je ape benda yg kita x buat.. mandi lombong, mandi sungai,masuk longkang, mandi pancor.. sumer kita terjah! hahahaa apa permainan yang kita x pernah main? Gasing,kona-kondi,baling selipar,menembak,masuk hutan,keluar hutan, sumer kita dah buat....Ingat x kita penah buat port jemming kat dlm hutan dulu? time tu baru nak belajar men gitar.. dari pagi sampai petang kita melepak kat situ sbb nk belajar gitar...Bulan pose pun kita sanggup bejalan kaki jauh2 sbb nk g jamming kan?? huhu gigih betul kita dulu!

tapi itu sumer dulu.. kita bukan kanak2 lagi.. kita sumer dah berpisah. masing2 dah buat haluan sendiri. masing2 dah meninggalkan kampung halaman untu mengejar cita2 yang diimpikan dulu..kita dah x dapat nak masak meggi kati sungai inki bersama2..tak dapat nak pegi berenang di sunagai 'lubuk' sepuas-puasnya.. masing2 sibuk dengan tugas masing.
dah lama kita tak lepak kat kedai 'ina rock' tiap2 malam... dah lama kita x g karoke walaupun suara korang mmg x sedap! tp rindu nk dengar suara korang yg sembang tu! ... dah lama kita x main bowling sama walaupun aku sentiasa kalah..
Sekarang, tak lagi kedengaran gelak-tawa kawan2 dan sahabat yg dulu sentiasa disisi...

walaupun antara kita sering berselisih faham, kita pendamkan aje sebab nak jaga hati kawan..korang mmg baik la! ada antara kita yg penah x bertegur sapa seminggu tp korang tetap diam..then seminggu lps tu kita bekawan mcm biasa.. bak kata pepatah, air dicincang xkan putus! hahaha.
Kawan datang dan pergi, tapi sahabat sentiasa disisi.. walau jauh mana pun kita, hari raya pasti kita bertemu! hehe ( sorry tahun ni x dpt raya dgn korang)

Namun kini, dah sekian lama aku x besama kalian, ada ke yg berkecil hati? ada ke yg masih ingat sesama sendiri? mungkin kita jauh... dulu, orang kata handphone boleh mendekatkan yg jauh.. tapi itu dulu.. handphone dah x boleh mendekatkan kita lagi....tapi Facebook ni yang merapatkan kita... setiap hari tgk muka sahabat2 dalam fb bukan dalam handphone... xda sapa nk contact via handphone tapi via FB...

Thanx to FB kerana berjaya merapatkan kami.. berjaya menemukan kami di FB.

Namun, apekah persahabatan ini akan kekal selama-lamanya?
Dulu kita bersama-sama menempuh pelbagai rintangan, suka-duka bersama
Sekarang kita masing2 berpisah demi mengejar cita2...( harap perpisahan ini hanya sementara)
harap, masa akan datang kita dapat bersama-sama dengan kejayaan yang telah dikecapi..

-FRIEND FOREVER-

Aku Blogger baru ke?? - Entry pertama aku-

Assalamualaikum wbt.


Ini entry pertama aku.
Entah mcm mana lah aku bleh terjebak dgn blogger ni aku pun x tau...
Mungkin bg ramai org, ber'bloger ni bukan  perkara yg baru. tetapi bg aku, ia sesuatu yg baru... (mgkin aku ni budak bisu yg x tau teknologi agaknye)





Friday 3 June 2011

Aku Blogger Baru ?? - First Entry Aku-

Assalamualaikum wbt.


Ini merupakan 1st entry aku.
Aku pun x tau mcm mana aku bleh berminat utk menjadi seorang blogger ni..
Mungkin disebabkan aku ni seorang yg bisu agaknya...Orang bisu ni x pandai utk bermain dgn kata2.. tapi kadang2 org bisu ni lah yg bermulut laser biler sekali dia berkata-kata.


Aku pun x tau mcm mana aku bleh terjebak dgn dunia blogger ni... Untuk permulaan entry@topic ni, aku xnak menggelarkan diri aku sebagai seorang blogger...maklumlah, aku ni budak bisu yg baru nak blajar bercakap!
So, bagi sesiapa yg nk gelarkan aku sbg seorang blogger, tgu la biler entry aku dah sampai ke tahap beratus ratus entry..hihihi


Sebagai seorang yg baru nak berjinak-jinak dlm dunia blogger ni, pelbagai perangcangan yg aku sedang pikirkan...
               1. Apa yg aku nk tulis dlm blog ni yek?
               2. Apa tema bg setiap penceritaan aku ni?
               3. Macam mana aku nk jadikan blog aku ni nampak menarik?
               4. Apakah format penceritaan dan penulisanaku dalam 'Biler Budak Bisu Bercerita' ni ?
               5. Macam2 lagilah!!!


Biler bercerita mcm mana aku bleh berminat nk ber'bloging nie, jawapannya senang je..... Aku bosan dgn facebook! Ya, aku bosan dgn facebook (mukabuku)
Aku inginkan sesuatu yg baru, tempat utk bercerita, bkan utk bersembang...  So, maybe blog ni tempat yg sesuai dgn jiwa seni ku ini utk meluahkan idea2 yg x berape nk waras utk diterjermahkan dalam bntk penulisan...


So, bagi sesiapa yg nk berkenalan dgn blogger baru spt aku ni, sila2 kan ler... mgkin kita boleh bertukar tukar pndpt dan pengalaman.... Segala tunjuk ajar amat dihargai...


Penceritaan Si Bisu akan bermula x lama lagi..... nanti2 kan lah!


Addioss!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...