Saturday 16 June 2012

Menjadi Lebih DEWASA...

Dewasa bagi saya membawa makna apa bila kita tidak lagi bergantung harap pada orang lain dan mampu melakukan semua perkara dengan usaha diri sendiri. Perkara yg paling ketara yg berlaku pada diri aku sekarang adalah bila aku tidak lagi meminta duit dari sesiapa utk meneruskan kehidupan tetapi menggunakan duit hasil titik peluh sendiri. Aku tidak lagi meminta duit dari orang tua tetapi memberi mereka duit belanja kepada org tua dan adik2ku... itulah perkara yang harus aku sedar bahawa aku perlu jadi dewasa!

Walaupun amat sukar utk aku menerima kenyataan ini pada mulanya namun itulah kenyataannya.. Bila dah jadi dewasa ni, macam2 nak kena fikir... keluarga, kerja, kawan2, hiburan, jalan2, dan macam2 lagi... Pelbagai perkara nak kena commit..Namun, apa yang aku perhatikan sekarang kita ni adalah mcm ini....

 Tetapi yang mendukacitakan aku adalah, aku cuba mencari diri aku di 3 peringkat kumpulan diatas tetapi tidak jumpa kerana bagi aku, aku adalah seperti ini..
                                " No Money + No Time... but have Energy"

BETUL..... perkara ini bukan berlaku pada diri aku seorang tetapi hampir semua orang pada zaman sekarang terutamanya yang tinggal dibandar seperti aku ini. tak percaya, tepuk dada tanya hati....


Wednesday 6 June 2012

SALAM KEDEWASAAN dari Budak Bisu!

Assalamualaikum....

 

Hampir 5 bulan budak bisu ini benar-benar membisu.. Ada ke pembaca sekalian yg merindui nukilan si bisu ini? hanya pembaca sekalian yang dapat menjawab soalan ini.. Jujur, memang saya tiada topik untuk di bincangkan di sini buat beberapa bulan yang lalu selain kesibukan menjalani hari-hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan..


Kesibukan mengharungi hari-hari beberapa bulan kebelakangan ini dalam mencari kedewasaan sebenar membuatkan saya terlupa akan teman-teman di blog ini. Maaf dipinta untuk pembaca sekalian.


Kedewasaaan itu milik semua. Namun adakah semua orang ingin menjadi dewasa? Adakah kita 'nak; jadi dewasa atau kita 'mesti' jadi dewasa? semua jawapan tanyalah pada hati masing-masing. Bagi saya, kita MESTI jadi dewasa! bila mesti , bermakna kita tiada pilihan dan kita HARUS jadi dewasa!


Setiap hari-hari yang di lalui di bandar ini membuatkan ku berfikir dan sentiasa memandang ke hadapan. Melihat suasana di tempat kerja, mengintai manusia di shopping complex, menerjah orang2 di pasar UPTOWN & DOWNTOWN, menyelusuri manusia2 di jalan raya , serta memerhati kutu-kutu di jalanan membuatkan ku terus berfikir panjang... Kadang-kadang bila otak ini berfikiran negatif, akan menjatuhkan semangatku tetapi sebaliknya bila ia berfikiran positif, mula timbul kesedaran dalam diri...


Kesedaran akan timbul dari pemerhatian dan terdetik melalui pengajaran serta diilhamkan melalui pengalaman. Menjadi dewasa bukanlah suatu keinginan tapi merupakan suatu kesedaran yang Mesti ada pada setiap individu!


KEDEWASAAN bermakna kita tidak lagi bergantung kepada sesiapa. Ini bermaknanya diri sendiri yang perlu melakukan segala-galanya ; mampu merancang, mampu membuat keputusan sendiri, berani bersuara, berani mengakkan keadilan, berusaha sehingga berjaya, mampu menyumbangkan sesuatu kepada diri sendiri dan orang di sekeliling, tidak mudah menangis jika diuji sedikit, berfikir sebelum bertindak, sentiasa melakukan yang terbaik, tidak pentingkan diri sendiri, dan lain-lain lagi.


PERSEKITARAN,

 

Di tempat kerja, semakin hari semakin banyak pesakit yang melawat hospital untuk mendapatkan rawatan. Ini bermakna ramai orang yang sakit ditambah lagi dengan semakin banyak klinik2 swasta, hospital kerajaan dan klinik kerajaan yang di buka saban hari. Hal ini memberi maksud ramai orang yang sakit dan begitu ramai juga yang telah mula timbul kesedaran tentang kesihatan. kenapa ini boleh berlaku?? kesian tengok pesakit-pesakit di hospital ini... apakah yang akan terjadi pada aku pada masa hadapan... tiada siapa tahu... kalau lah kesedaran ttg penjagaan kesihatan boleh diperolehi dari awal ....


Di Shoping Complex, ramai sungguh orang yg membeli-belah! melihat orang yang boleh shopping banyak2 dan beli barang yang berjenama membuatkan aku melihat kedalam saku sendiri.. kata orang, 'ukur baju di tangan sendiri'..... bila lah agaknya aku boleh shopping tanpa tengok tanda harga yek?? Dah tua pun belum tentu lagi jika aku tak berubah dari sekarang! Di sudut yang lain pula, melihat beberapa anak muda sedang lepak sambil bersembang dengan rancaknya.. apa yang disembangkan pun tak tahu...Adakah yang dibincangkan itu suatu yang bermanfaat atau sembang kosong? Alangkah ruginya jika mereka tahu bahawa masa hadapan mereka lebih penting dari bersembang kosong itu.


Di atas jalan raya, kenderaan2 penuh membanjiri jalanraya menandakan pekerja-pekerja yang seharian bertungkus-lumus mencari nafkah kini hendak pulang berehat dirumah disamping keluarga tersayang..Seawal pagi keluar bekerja mencari rezeki, kemudian pulang bekerja lewat petang dan ada juga malam baru balik kerumah... adakah berbaloi dengan kerja yang dilakukan?? adakah kerja mereka lebih penat dari beratur dari jalan raya?? Atau mungkin seharian bekerja itu tidak seteruk beratur di jalan raya... Namun, demi mencari rezeki apapun sanggup dilakukan... Persoalannya SAMPAI BILA???


Di Jalanan, begitu ramai manusia berpusu-pusu berjalan laju mengejar masa tanpa menghiraukan orang disekeliling.. Ada yang terlambat pergi kerja, nak kejar LRT, Komuter, Bas, Monorel dan lain2. Semua orang ingin pantas dan cepat... tapi aku pelik dengan diriku yang masih lagi lambat dan berjalan perlahan... Adakah aku tidak mengejar ape2? Tiada apa yang perlu aku kejar?? Atau aku sendiri tak tau apa yang perlu aku kejar?? 


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

KENYATAANNYA, kita semua harus sedar akan hakikat bahawa zaman sekarang bukanlah seperti dahulu lagi...Zaman sekarang ini penuh dengan dugaan dan cabaran. kanak-kanak zaman sekarang bukanlah seperti kanak-kanak zaman sekarang, semuanya sudah berubah. kita bukan lagi seperti Mat Jenin, tidak boleh lagi seperti Si Luncai, tetapi kita harus menjadi diri sendiri. Duduk golek-golek depan TV bukanlah menandakan kita sudah dewasa malah tak macho langsung! Zaman main game poker kat komputer dah habis... sekarang zaman orang mengejar duit! Betul, duit bukanlah segala-galanya tetapi kita harus ingat, segala-galanya memerlukan duit pada zaman sekarang.. (sedangkan masuk tandas pun kena duit..) Dengan duit kita mampu memiliki segalanya. Orang sekarang bekerja siang malam untuk mendapatkan duit, itulah bukti duit itu diperlukan.

 

Kedewasaan membawa saya berfikir.. adakah kita bekerja untuk meneruskan kehidupan atau untuk membayar hutang?? Kalau begitu, bilakah agaknya baru kita dapat menikmati kehidupan? Lagi menydihkan, para graduan kita yang berhutang dengan PTPTN, belum bekerja sudah berhutang... ini bermakna mereka bekerja untuk membayar hutang sahaja... ditambah pula dengan kos sara hidup kini yang semakin meningkat membuatkan aku kecut perut... Harga barang semakin naik x pernah turun tapi gaji .... 

 

Kita bersambung di episod yang akan datang....  :)

Thursday 5 January 2012

SEGMEN : DIALAH SEGALANYA.......

1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI GEMBAR GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya!

Wednesday 4 January 2012

Owhh C.I.N.T.A.

Hai.... esok sekolah dan nak mula, kelengkapan sekolah dah sempurna ke? Beg baru, kasut baru, baju baru, seluar baru, alat tulis baru, semuanya nak baru... tapi azam masih lama, iaitu nak berjaya dalam peperiksaan??? Kenapa budak-budak sekolah punya azam tahun baru asyik sama je setiap tahun, adakah tahap pemikiran mereka hanya setakat itu? kemon la...takkan tanam azam utk exam je kot... memang tahap pemikiran kanak2 hingusan betol la... cuba la berazam yg gempak2 sket...HAHAHA.


kalau nak bercerita pasal azam masa sekolah rendah dulu, aku penah berazam yg paling stylo punye yg pasti korang semua pun nak nangis biler dengar azam aku nih! Aku pun x tau macam mana aku boleh berpikir utk berazam mcm tu....Aku pun dah tak ingat azam stylo tu azam yang ke berapa dalam hidup aku tapi mungkin itu adalah azam pertama yang aku buat sejak aku tahu yang manusia akan berazam untuk tahun baru!
Serius, azam aku masa tu adalah aku berazam untuk membace buku/novel yang ada di perpustakaan sekolah sebanyak lebih seratus buah dalam masa setahun... Agak2 korang, Albert Einstein penah berazam sestylo aku tak masa dia kecik2 dulu??


Semua ni gara2 projek NILAM masa kat sekolah rendah dulu la.....NILAM  (Nadi ILmu Amalan Membaca), satu projek untuk menggalakkan kanak2 untuk membace dan merekodkan bacaan mereka... sape yang banyak membace akan dapat hadiah....so, sejak itu aku mula jadi ulat buku.. waktu rehat je mesti pegi pinjam buku kat perpustakaan. Pembacaan aku masa tu lebih kepada cerita-cerita penyiasatan dan misteri, tak tahu lagi kisah-kisah cinta dan sebagainya, sesuai dengan umur masa tu yang mempunyai sifat ingin tahu yang amat tinggi pada usia masa tu...


Okey, apa yang aku ingin sampaikan disini bukanlah pasal azam tahun baru aku yang paling stylo dalam sejarah peradaban manusia tu mahupun pasal Projek NILAM yang berjaya menjadikan aku ulat buku untuk beberapa ketika itu, tetapi yang aku ingin sampaikan disini adalah tentang buku2 dan novel2 melayu yang terdapat dipasaran sekarang seperti ini, 






Persoalannya, kenapa penulis-penulis tempatan hanya menulis novel2 cinta, dan mengapa hanya novel2 cinta yang paling laris di Malaysia ni?? Setiap kali aku masuk kedai buku  seperti POPULOR dan MPH, novel2 cintan macam ini lah yang aku nampak....bace tajuk je aku dah mual, macam mana pulak penerimaan aku untu membaca isi kandungan novel itu, aku pun tak dapat nak bayangkan...


Adakah penulis tempatang hanya tahu menulis novel cinta je? Dan kenapa mesti Novel cinta?? Adakah permintaan pasaran untuk novel di Malaysia hanya untuk novel cinta??  Ombak Rindu, Stanza Cinta, Berikan Cintamu, Terlanjur Mencintaimu, Syair Cinta,  HargaSebuah Cinta,  Kau Kekasihku, dan macam2 lagi yang aku sendiri pun tak sanggup untuk senaraikan dalam blog aku ni... Serius, aku rasa novel2 cinta ni tak akan membina motivasi aku, malah akan membuatkan diri kita begitu taksub pada cinta, trauma untuk bercinta serta hanya inginkan cinta yang sempurna dan mendambakan cinta yang kekal tanpa melihat kepada realiti kehidupan. 


Sebab itu, bila aku melalui ruangan novel di kedai buku yang aku masuk, hanya wanita yang akan berada diruangan novel2 melayu, jarang sekali untuk melihat kaum Adam untuk berada diruangan novel ini, mungkin mereka juga sama pendapat dengan aku. Adakah novel ini hanya untuk kaum wanita sahaja? Realitinya begitulah, bila kita kaitkan novel melayu, ia lebih bertumpu kepada golongan wanita/remaja perempuan - jarang sekali kita melihat dalam biodata orang lelaki yang meletakkan membaca novel sebagai hobi mereka. Hal ini disebabkan orang akan berfikir bila membaca novel, pasti bace novel cinta! OMG.... mesti malu bila orang akan berfikir macam tu...


Jika kita lihat pula novel-novel orang putih, mereka bukan sahaja menulis novel cinta malah mereka menulis pelbagai jenis genre yang bersifat lebih global. Mereka juga ada novel cinta tetapi mereka juga ada novel sains fiksyen, novel seram, serta novel yang tidak berkaitan dengan cinta tetapi lebih kepada kehidupan serta pembangunan jati diri. Buku motivasi dan novel mengenai kehidupan adalah sangat berbeza. Novel tentang kehidupan tidak banyak elemen cinta yang diketengahkan tetapi lebih kepada kehidupan seseorang yang mampu mengharungi kehidupan melalui kisah-kisah hidupnya yang penuh dengan prinsip dan motivasi yang tinggi. Novel orang putih tidak meletakkan cinta sebagai kisah utama jalan cerita yang dibuat. Lihat lah bagaimana novel2 yang meletop seperti novel bersiri Harry Potter, Transformers dan novel2 John Grisham... Yang pastinya, novel yang meletop itu bukanlah novel cinta!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tak semestinya bukan novel cinta tak boleh laku di pasaran Malaysia ni.... Para Karyawan harus berani melakukan perubahan, jangan hanya novel cinta sahaja, tidak hairan mengapa lambakan filem-filem cinta di panggung wayang semakin menjadi-jadi sekarang malah, trend filem sekarang adalah mengadaptasikan dari novel...betul-betul ketandusan idea para karyawan tanahair sekarang ini.


Novel2 cinta ini ini ternyata membunuh minat pembaca-pembaca  seperti aku ini! 


p/s : just one step can change averything!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...