Thursday 29 December 2011

Rumah Hantu Di Tanjung Malim

Ini kisah benar yang berlaku pada aku dan kawan-kawan...


Aku dan kawan2 bukanlah penduduk asal Tg.Malim malah kami juga bukan berasal dari Tg. Malim tetapi kami membesar di Tg. Malim kerana jarak rumah kami dengan Tg. Malim dalam anggaran 10 minit kalau menaiki kereta dan motosikal walaupun rumah kami di Selangor kerana Kalumpang adalah bersempadan dengan negeri Perak ( Tg. Malim) yang dipisahkan hanya dengan sebatang sungai yang diberi nama sungai bernam.


Disebabkan jarak rumah kami dengan tg. malim yang dekat serta bandar terdekat adalah tg. malim, maka kami membesar di tg. malim. Pekan Tg. Malim sudah menjadi tempat istirehat di hujung minggu, tempat cuci mata pada kesesakan dikala org berebut2 mencari 'putu piring' di pasar malam dan macam2 lagi perkara yang dilakukan di tg malim ini.Dengan kata lain, Tg malim mmg dah sebati dgn kami.


Namun, apa yang menjadi persoalan pada kami adalah dengan kemunculan sebuah banglo lama yang betul2 terletak dihadapan pintu masuk UPSI yg selama ini kami x pernah tau akan kemunculan bangunan lama itu yang begitu penuh dengan tanda tanya. Macam manalah baru sekarang boleh perasan ada rumah mcm tu kat tg malim ni ye...pelik!


Dari jauh rumah ni boleh dikatakan agak seram, tetapi biler kita pegi dekat2 amat menakutkan! Lihatlah terdapat pokok besar yang tumbuh di belakang rumah itu dan banyak kesan2 pokok yang tak habis potong serta semak dan rumput panjang yang mengelilingi banglo tersebut. Ini belum kira lagi apa yg ada kat dalam rumah tu, tumbuhan-tumbuhan yang hidup dalam rumah dan.... arghhhh tak boleh nak bayangkan lagi!!! betul2 macam rumah hantu! rasa macam nak pegi panggil uncle seeker je........


bermacam-macam persoalan yang timbul dalam kepala otak yang belum la nak berkaratnya, masih boleh diasahkan lagi ni...
                  ~sape punye rumah la ni ye...
                  ~kenapa baru sekarang rumah tu kami sedar, kenapa sebelum ni kami x sedar
                    kemunculannya?
                  ~adakah sebab ada yang kena 'kacau'  atau sengajan nak mendedahkan banglo ni?
                  ~banglo tu ada hantu ke?
                  ~lepas ni ada ke pengarah filem yang nak buat cerita hantu kat banglo lama tu??
                  ~berapa agaknya usia banglo lama ni ye?
                  ~ kenapa dibiarkan je dahan2 yang tak habis dipotong tu? kenapa tak bersihkan aje?
                 ~ ada kedai makan beberapa meter je dari banglo lama tu.. tak takut ke??


Ishhh banyak sangat persoalan yang timbul sehingga kami pun tak tahu apa jawapannya tapi apa yang pasti, kami ingin mencari jawapannya!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Menurut maklumat yang diperolehi, banglo ini tidak dapat dibersihkan kerana sewaktu usaha untuk memotong pokok dilakukan, banyak chainsaw yang rosak dan telah digantikan dengan baru namun menemui jalan buntu, tiada siapa yang mahu meneruskan usaha itu sebab itu dibiarkan sahaja dahan2 tersebut. Namun, tidak banyak sumber yang dapat kami perolehi kerana tiada siapa yang berani membuka mulut pasal rumah tersebut.


Beberapa hari kemudian, kami telah berpakat untuk memasuki kedalam banglo tersebut. pada mulanya aku berfikir kawan2 aku ni hanya bergurau. Pada malam itu, aku menjemput kawan2 aku yang lain seperti biasa. Aku yang beranggapan pelawaan dorang yang seakan-akan bergurau tidak bersedia pun untuk pergi ke banglo itu. Aku tgk kawan aku yang panjang ni dah siap bawak lampu suloh yang besar ... " oit! kau nak suluh orang berak ke nak suluh hantu ni??" kata aku sebaik saja lampu suluh besar itu dibawa masuk ke dalam kereta aku.


Sepanjang perjalanan menuju ke banglo lama itu, kami tak berhenti-henti bersembang dan bercerita pasal banglo yang kami nak pergi ini. masing2 begitu excited untuk melalui suatu pengalaman yang bakal dilalui sebentar lagi...


Malam itu, lebih kurang jam 11 malam cuaca begitu tenang.Sunyi. Burung2 yang rancak berkicauan pada sebelah petang tidak lagi kedengaran. Pekan Tg Malim bukanlah seperti kuala Lumpur yang masih 'hidup' walau pada jam sebelas malam seperti itu. Hanya beberapa buah kenderaan saje yang masih berada di atas jalan raya


Semakin dekat dengan tempat yang dituju, semakin sunyi keadaan dalam kereta yang dipandu. masing-masing terkunci mulut tidak berbicara. Aku terus bawak kereta ke tempat yang ingin dituju. Begitu cermat agaknya  sampai langgar lopak air pun aku tak sedar. Di selekoh masjid tg. malim, berhadapan dengan balai bomba tg malim, iaitu beberapa kilometer sebelum sampai di banglo lama tersebut aku sekali lagi bertanya kepada member2 aku, " korang betul-betul ke nak masuk rumah tu? " "Ya!" begitu bersemangat member-member aku menjawab soalan mudah dari aku.


Kami parking kereta jauh sedikit dari banglo tersebut. Perlahan-lahan kami menuju ke banglo tersebut sambil menghalakan lampu suluh ke arah jalan supaya dapat melihat laluan dengan lebih jelas. Aku memandang ke langit, cahaya bulan yang penuh menambahkan lagi degupan jantung kami berempat. Kini, kami berempat betul-betul berdiri dihadapan banglo lama tersebut.Tidak seperti pada siang hari, banglo tersebut begitu gelap,lalang-lalang yang begitu panjang serta dahan-dahan pokok menutupi keseluruhan banglo tersebut. Bunyi anjing menyalak di kawasan berhampiran menambahkan lagi sound efect yang begitu menyeramkan. 


"wah, gelapnya....macam mana kita nak masuk ni?" tanya aku.
"masuk aje la.. cuba suluh pintu masuk banglo ni" jawab azwan.Sidiq pun menghalakan lampu suluh ke arah pintu masuk banglo tersebut..
Sekali lagi kami tertanya-tanya sama ada ingin meneruskan tujuan asal atau pun mambatalkannya....
Pandangan mata kami masing-masing tertumpu ke arah banglo tersebut....


Dup...Dap....Dup...Dap...Dup...Dap.............


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kami tergelak, gembira sambil bersembang dari isu rumah hantu sehingga terbuka kisah2 sejak zaman sekolah tadika.......kedai burger lu memang best la bro! 
Tak sangka, hanya dengan satu soalan sahaja plan yang dibuat dari awal pagi boleh terbatal begitu sahaja.... damn ko Amat!






"korang betul ke nak masuk ni, kalau ada benda yang ikut kita balik nantu mcm mana??"


p/s : kalau takut jgn ikut!

27 comments:

  1. Ape separuh je ni?? Tapi aku rase korang x masuk kan....Hahahaha.....

    ReplyDelete
  2. Disebabkan soalan amat tu la kami x jadi masuk.... Hahaha

    ReplyDelete
  3. Hahaha..aku x perasan ade perkataan lagi kat bawah... Ingt tergantung tadi....Aku baca sampai dup dap je....hihihi....

    ReplyDelete
  4. ni mesti kes takut ni... sbb tu x bace sampai habis... heee kantoi!

    ReplyDelete
  5. rumah ru mmg seram...sy duk ulu bernam skrg...dlu mase bujang sy duk tg.malim tp lgsung xperasan banglo tu.smpai la sy dh kawin n hbby org ulu bernam.die yg citer kt sy psl banglo tu.bru sy perasan.pdhal dlu hari2 lalu kt situ...n kwn hbby pnh amik upah tebang pokok bsr blkg banglo tu tp sekerat jln je coz ade something yg ganggu tp dorg sndiri xtaw ape bnde tu...huhuhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo patut la ada kesan potong pokok tapi tak habis... hehehee angkerrr

      Delete
  6. saya teringgin nak masuk....nak kaji ada apa dalam2 ...tiap2 hari lalu keluar dari pintu kampus dok nampak...

    ReplyDelete
  7. Hai haniza... awak stadi di upsi ke? Buat lah kajian... then jgn lupa post hasil kajian tu ye... good luck!

    ReplyDelete
  8. Nk masok rumah hantu tu bole ajak sya...sya tinggal dekat kampong mogah sebelah je rumah hantu tu...

    ReplyDelete
  9. rumah penghulu, kalau tengok depan lagi ade satu tiang pagar besar

    ReplyDelete
  10. saya tgh sisat sal rumah tu...kawan sy didatangi seorang perempuan tanpa suara..cantik..rupamcmorang lama..rambut separas bahu bersinar nk cakaphitam x tapi biasa2...lembut muka dia..dia nmpk mcm nak ckp tp tak terkeluar hanya pandang..yang pasti kawan sy rasa sedang bercakap dgn dia..keesokkanharinya dialupa...just ingt pandangan mata perempuan tu je...mengikut org lama.. rumah tu adalah bks rumahorg paling kaya zaman tu..ketua penghulu..kekayaannya tak tahu asal dari mana...pensyarah sy cakap ada student dia xleh tngok umh tu..dia seakan2 jd kelu dan mcm diperhatikan...sy ceritakat kwn2 yg lain....diorg try g cari..tapi still xnmpk rumah ru kat mane...sy just smpt berdiri dpn rumah ru jer...ikut pandangan kami..rumah tummg cantik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Kami time stdy dlu ok ja lalu ikut rmh tu, tak dak apa pn, nmpk ja rmh tu dk sblh klinik nabila tu hah.. Hihi..relax brader insya allah x dak apa tu..

      Delete
  11. Hahahhaha tg malim pun syeram ke

    ReplyDelete
  12. tak power ahh citer ni ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak power?? meh la kongsi cerita lagi kasi power!! hehee

      Delete
  13. ni kat upsi mane? ko bia btol? upsi dpan tu rumah kedai. 😑

    ReplyDelete
  14. kat mana yeaa ..pnya lama dok tg malim xpnh tahu pon? hmmmmmm....

    ReplyDelete
  15. kat mana yeaa ..pnya lama dok tg malim xpnh tahu pon? hmmmmmm....

    ReplyDelete
  16. Dh penah msuk pn dgn cousin wktu petang laa . Agk seram papan smua rapuh dh tanga xde . Kne gune tangga blkg naik ats . Yg seram nya bila naik ats .. atap ruang ats tu dh xde .. pecah dh . Klu g sne hati2 blh jatuh.. kt sne ade sorg abg tgl nma nya abg joe.. dia gila . Lpstu bila tgur dia buat taktau. Joe tu kwn mak sy . Mak sy citer . Tu rumah org cina dlu.. org cina tu ownr kilang getah . Mak sy pn sllu msuk rumah tu dgn kwn2 cri getah.. huhu sy tau stakat ni je.. apepun rumah tu dh berusia lbih 50thn . Mse mak sy kcik kot.. apepn hati2.. byk bnde dh berlaku sne..

    ReplyDelete
  17. Dh penah msuk pn dgn cousin wktu petang laa . Agk seram papan smua rapuh dh tanga xde . Kne gune tangga blkg naik ats . Yg seram nya bila naik ats .. atap ruang ats tu dh xde .. pecah dh . Klu g sne hati2 blh jatuh.. kt sne ade sorg abg tgl nma nya abg joe.. dia gila . Lpstu bila tgur dia buat taktau. Joe tu kwn mak sy . Mak sy citer . Tu rumah org cina dlu.. org cina tu ownr kilang getah . Mak sy pn sllu msuk rumah tu dgn kwn2 cri getah.. huhu sy tau stakat ni je.. apepun rumah tu dh berusia lbih 50thn . Mse mak sy kcik kot.. apepn hati2.. byk bnde dh berlaku sne..

    ReplyDelete
  18. Dh penah msuk pn dgn cousin wktu petang laa . Agk seram papan smua rapuh dh tanga xde . Kne gune tangga blkg naik ats . Yg seram nya bila naik ats .. atap ruang ats tu dh xde .. pecah dh . Klu g sne hati2 blh jatuh.. kt sne ade sorg abg tgl nma nya abg joe.. dia gila . Lpstu bila tgur dia buat taktau. Joe tu kwn mak sy . Mak sy citer . Tu rumah org cina dlu.. org cina tu ownr kilang getah . Mak sy pn sllu msuk rumah tu dgn kwn2 cri getah.. huhu sy tau stakat ni je.. apepun rumah tu dh berusia lbih 50thn . Mse mak sy kcik kot.. apepn hati2.. byk bnde dh berlaku sne..

    ReplyDelete
  19. Ramai mcm tak perasan rumah ni Walaupon lalu lalang ikot pintu selatan upsi lama. Sbb niat baik kot nk pegi belajar ? Tu blom Kesah popular siti zubaidah dan panggung wayang lama sebelah Azra a lelaki

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...