Thursday 29 December 2011

Semua orang nak pasang Azam Tahun Baru...

Seperti yang dijangkakan dan seperti yang semua oarang tahu, biler nak masuk tahun baru aje, mesti wall di fesbuk, twitter, myspace, friendster dan blog2 semua orang berlumba-lumba nak mengucapkan selmat tahun baru, sibuk nak tanye ape azam tahun baru kawan2 dan member2 rapat masing2 malah yang paling teruk adelah biler masing2  sibuk nak menghebohkan azam masing-masing dekat fesbuk dan blog2 serta yang berkaitan dengannya...tak sempat  wartawan melodi menerjah mereka!


Bagi aku, tak perlu kita nak hebohkan azam tahun baru kat semua orang, kita bukanlah artis yang perlu sentiasa meng'update' diri dorang kat wartawan sinar harian, kita bukan juga ahli politik yang perlu memaniskan janji2 yang sebenarnya diperbuat dari perasa tiruan belaka. Apa guna kita menghebohkan azam kita jika kita tidak menunaikannya? Berapa ramai pula yang tengok timeline kat fesbuk, dimana azam tahun baru 2012 adalah sama dengan azam tahun baru 2011 dan 2010?? ( mujur fesbuk ada timeline skang ni) Tambahan lagi, berapa ramai yang mampu menyenaraikan azam2 yang tak dapat mereka capai disebabkan meletakkan azam yang tidak realistik sejak asalnya. 


Biler zaman dah maju, macam inilah jadinya, azam yang perlu disemat dihati kini dihebohkan, Apa yang terlintas di hati terus disampaikan melalui media elektronik, padahal apa yang difikirkan belum lagi ditapis dengan fikiran yang waras, belum lagi ditimbang baik dan buruknya. Sepatutnya mata pelajaran fesbuk harus di ajar disekolah supaya penguna mempunyai kemahiran untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan dan kaedah komunikasi dapat disampaikan dengan cemerlang! 


Mungkin Akta Fesbuk juga perlu diwujudkan supaya dapat menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan penyalahgunaan fesbuk yang kian berleluasa.( Arghhh apa yg aku merepek pulak ni??)


Sebenarnya bukan isu fesbuk yang ingin disampaikan dalam ruangan ini tetapi masih lagi berkaitan Azam Tahun Baru. Azam tahun baru bukanlah sekadar ingin jadi kurus, nak dapat perikse nombor satu dalam kelas, nak dapat SPM 23 A1 , semoga saya dapat pakwe yang hensem, semoga dapat kawin dengan anak raja, dan macam2 lagi.... nonsense la semua tu! merepek tau tak???? Itu semua hanyalah Kenyataan azam tahun baru korang dan keinginan yang biase-biase ajerrrr.....


Bagi aku, ber'AZAM bermaksud kita sematkan didalam hati kemudian kita tanya pada diri, mampu ke kita lakukan, kemudia kita laksanakan agar azam kita itu tercapai...


Semua orang mempunyai pendapat masing-masing dan aku tak katakan SALAH untuk menghebohkan azam korang tu dalam Majalah hiburan sekalipun, tetapi berpada-padalah... Janganlah nak berazam untuk dapat 23A dalam SPM tapi korang hanya belajar untuk dapat 1A.... Janganlah berazam untuk dapat isteri solehah tapi sembahyang pun tak pernah cukup lima waktu.....
      -> maksud aku, sebelum korang berazam untuk dapat 23A1, 
         berazamlah supaya korang dapat hapuskan sikap malas 
         dan lemau korang tu dulu....
      ->berazamlah untuk menjadi anak yang soleh sebelum korang
        berazam untuk mendapat isteri solehah...




Tak salah untuk korang bagi tau kat semua orang azam korang semua tapi biarlah dari hati yang ikhlas, bukan dari hati yang takbur... bukan berazam sebab semua orang dah post azam dorang kat fesbuk....bukan disebabkan nak menunjukkan azam sapa paling BEST!....
Mungkin fenomena tunjuk azam sapa paling best ini boleh dikemukakan dalam surat khabar Berita Harian untuk dipertandingkan  dalam Pertandingan The Best 'Azam' of The Year..... HaHaHa...


_______________________________________________________________


Akhir kata, azam aku untuk tahun 2012 ni adalah agar hidup aku akan lebih terurus, status ekonomi bertambah baik dan dapat menggembirakan hati semua orang disekeliling aku...Kata orang, perkara yang paling menggembirakan diri kita adalah kita mampu menggembirakan hati orang lain walaupun semasa kita dalam kesusahan....Menjelang usia yang semakin meningkat ini, aku juga berazam agar dipertemukan apa yang aku cari selama ini pada tahun 2012 ,  InsyaAllah (jika diizinkan oleh Allah...)

5 comments:

  1. Amende yang merepek sampai pelajaran fesbuk dan akta fesbuk ni? huhuhu.... kot2, boleh masuk parlimen ke akta baru ni....

    dan semoga azam baru pada tahun 2012 tercapai...
    Insyaallah =)

    ReplyDelete
  2. mata pelajaran fesbuk perlu untuk masa hadapan negara..... supaya masyarakat takbuta fesbuk! hahahaha

    ReplyDelete
  3. Apa kerelevenannya pada negara? Cuba tunjuk bukti2 seket...Nak juga tahu ni...Kalo takat nak tahu apa itu fesbuk, budak tadika pun tahu....rasenya xda sape dah kot akan buta fesbuk...hehehe

    Ape motif letak gambar tu? hahaha..nak kwen kat genting jugak ker....

    ReplyDelete
  4. pembelajaran itu tak semestinya perlu ada kepentingan untuk negara.... pembelajaran itu penting untuk diri sendiri.... adakah mata pelajaran sivik diwujudkan disekolah untuk kepentingan negara? mata pelajaran wajib dan mata pelajaran sampingan juga perlu adakan.... kemahiran menggunakan fesbuk harus diajar disekolah agar tidak berlaku penyalahgunaan fesbuk... cara2 mengupdate status yang berkualiti harus diajar dan mcm2 lagi contohnya, banyak kes saman-menyaman dan cerai-berai berpunca dari fesbuk disebabkan manusia tiada kemahiran menggunakan fesbuk! heheee...

    ReplyDelete
  5. Kemahiran dalam penggunaan fesbuk tidak penting... tapi diri sendiri dalam mengawal penggunaan fesbuk itu yang paling penting...fesbuk boleh digunakan hanya untuk perkara yang tidak penting, bukannya hal2 peribadi pun di update untuk tantapan umum. sebab itu banyak penceraian berlaku... bergaduh suami isteri pun diletakkan di wall..yang tak tahan tu, siap berbalas2 bergaduh pulak...dunia oh dunia...Soalnya berbalik pada tunjang diri kita sendiri..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...