Thursday 29 December 2011

Semua orang nak pasang Azam Tahun Baru...

Seperti yang dijangkakan dan seperti yang semua oarang tahu, biler nak masuk tahun baru aje, mesti wall di fesbuk, twitter, myspace, friendster dan blog2 semua orang berlumba-lumba nak mengucapkan selmat tahun baru, sibuk nak tanye ape azam tahun baru kawan2 dan member2 rapat masing2 malah yang paling teruk adelah biler masing2  sibuk nak menghebohkan azam masing-masing dekat fesbuk dan blog2 serta yang berkaitan dengannya...tak sempat  wartawan melodi menerjah mereka!


Bagi aku, tak perlu kita nak hebohkan azam tahun baru kat semua orang, kita bukanlah artis yang perlu sentiasa meng'update' diri dorang kat wartawan sinar harian, kita bukan juga ahli politik yang perlu memaniskan janji2 yang sebenarnya diperbuat dari perasa tiruan belaka. Apa guna kita menghebohkan azam kita jika kita tidak menunaikannya? Berapa ramai pula yang tengok timeline kat fesbuk, dimana azam tahun baru 2012 adalah sama dengan azam tahun baru 2011 dan 2010?? ( mujur fesbuk ada timeline skang ni) Tambahan lagi, berapa ramai yang mampu menyenaraikan azam2 yang tak dapat mereka capai disebabkan meletakkan azam yang tidak realistik sejak asalnya. 


Biler zaman dah maju, macam inilah jadinya, azam yang perlu disemat dihati kini dihebohkan, Apa yang terlintas di hati terus disampaikan melalui media elektronik, padahal apa yang difikirkan belum lagi ditapis dengan fikiran yang waras, belum lagi ditimbang baik dan buruknya. Sepatutnya mata pelajaran fesbuk harus di ajar disekolah supaya penguna mempunyai kemahiran untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan dan kaedah komunikasi dapat disampaikan dengan cemerlang! 


Mungkin Akta Fesbuk juga perlu diwujudkan supaya dapat menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan penyalahgunaan fesbuk yang kian berleluasa.( Arghhh apa yg aku merepek pulak ni??)


Sebenarnya bukan isu fesbuk yang ingin disampaikan dalam ruangan ini tetapi masih lagi berkaitan Azam Tahun Baru. Azam tahun baru bukanlah sekadar ingin jadi kurus, nak dapat perikse nombor satu dalam kelas, nak dapat SPM 23 A1 , semoga saya dapat pakwe yang hensem, semoga dapat kawin dengan anak raja, dan macam2 lagi.... nonsense la semua tu! merepek tau tak???? Itu semua hanyalah Kenyataan azam tahun baru korang dan keinginan yang biase-biase ajerrrr.....


Bagi aku, ber'AZAM bermaksud kita sematkan didalam hati kemudian kita tanya pada diri, mampu ke kita lakukan, kemudia kita laksanakan agar azam kita itu tercapai...


Semua orang mempunyai pendapat masing-masing dan aku tak katakan SALAH untuk menghebohkan azam korang tu dalam Majalah hiburan sekalipun, tetapi berpada-padalah... Janganlah nak berazam untuk dapat 23A dalam SPM tapi korang hanya belajar untuk dapat 1A.... Janganlah berazam untuk dapat isteri solehah tapi sembahyang pun tak pernah cukup lima waktu.....
      -> maksud aku, sebelum korang berazam untuk dapat 23A1, 
         berazamlah supaya korang dapat hapuskan sikap malas 
         dan lemau korang tu dulu....
      ->berazamlah untuk menjadi anak yang soleh sebelum korang
        berazam untuk mendapat isteri solehah...




Tak salah untuk korang bagi tau kat semua orang azam korang semua tapi biarlah dari hati yang ikhlas, bukan dari hati yang takbur... bukan berazam sebab semua orang dah post azam dorang kat fesbuk....bukan disebabkan nak menunjukkan azam sapa paling BEST!....
Mungkin fenomena tunjuk azam sapa paling best ini boleh dikemukakan dalam surat khabar Berita Harian untuk dipertandingkan  dalam Pertandingan The Best 'Azam' of The Year..... HaHaHa...


_______________________________________________________________


Akhir kata, azam aku untuk tahun 2012 ni adalah agar hidup aku akan lebih terurus, status ekonomi bertambah baik dan dapat menggembirakan hati semua orang disekeliling aku...Kata orang, perkara yang paling menggembirakan diri kita adalah kita mampu menggembirakan hati orang lain walaupun semasa kita dalam kesusahan....Menjelang usia yang semakin meningkat ini, aku juga berazam agar dipertemukan apa yang aku cari selama ini pada tahun 2012 ,  InsyaAllah (jika diizinkan oleh Allah...)

Rumah Hantu Di Tanjung Malim

Ini kisah benar yang berlaku pada aku dan kawan-kawan...


Aku dan kawan2 bukanlah penduduk asal Tg.Malim malah kami juga bukan berasal dari Tg. Malim tetapi kami membesar di Tg. Malim kerana jarak rumah kami dengan Tg. Malim dalam anggaran 10 minit kalau menaiki kereta dan motosikal walaupun rumah kami di Selangor kerana Kalumpang adalah bersempadan dengan negeri Perak ( Tg. Malim) yang dipisahkan hanya dengan sebatang sungai yang diberi nama sungai bernam.


Disebabkan jarak rumah kami dengan tg. malim yang dekat serta bandar terdekat adalah tg. malim, maka kami membesar di tg. malim. Pekan Tg. Malim sudah menjadi tempat istirehat di hujung minggu, tempat cuci mata pada kesesakan dikala org berebut2 mencari 'putu piring' di pasar malam dan macam2 lagi perkara yang dilakukan di tg malim ini.Dengan kata lain, Tg malim mmg dah sebati dgn kami.


Namun, apa yang menjadi persoalan pada kami adalah dengan kemunculan sebuah banglo lama yang betul2 terletak dihadapan pintu masuk UPSI yg selama ini kami x pernah tau akan kemunculan bangunan lama itu yang begitu penuh dengan tanda tanya. Macam manalah baru sekarang boleh perasan ada rumah mcm tu kat tg malim ni ye...pelik!


Dari jauh rumah ni boleh dikatakan agak seram, tetapi biler kita pegi dekat2 amat menakutkan! Lihatlah terdapat pokok besar yang tumbuh di belakang rumah itu dan banyak kesan2 pokok yang tak habis potong serta semak dan rumput panjang yang mengelilingi banglo tersebut. Ini belum kira lagi apa yg ada kat dalam rumah tu, tumbuhan-tumbuhan yang hidup dalam rumah dan.... arghhhh tak boleh nak bayangkan lagi!!! betul2 macam rumah hantu! rasa macam nak pegi panggil uncle seeker je........


bermacam-macam persoalan yang timbul dalam kepala otak yang belum la nak berkaratnya, masih boleh diasahkan lagi ni...
                  ~sape punye rumah la ni ye...
                  ~kenapa baru sekarang rumah tu kami sedar, kenapa sebelum ni kami x sedar
                    kemunculannya?
                  ~adakah sebab ada yang kena 'kacau'  atau sengajan nak mendedahkan banglo ni?
                  ~banglo tu ada hantu ke?
                  ~lepas ni ada ke pengarah filem yang nak buat cerita hantu kat banglo lama tu??
                  ~berapa agaknya usia banglo lama ni ye?
                  ~ kenapa dibiarkan je dahan2 yang tak habis dipotong tu? kenapa tak bersihkan aje?
                 ~ ada kedai makan beberapa meter je dari banglo lama tu.. tak takut ke??


Ishhh banyak sangat persoalan yang timbul sehingga kami pun tak tahu apa jawapannya tapi apa yang pasti, kami ingin mencari jawapannya!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Menurut maklumat yang diperolehi, banglo ini tidak dapat dibersihkan kerana sewaktu usaha untuk memotong pokok dilakukan, banyak chainsaw yang rosak dan telah digantikan dengan baru namun menemui jalan buntu, tiada siapa yang mahu meneruskan usaha itu sebab itu dibiarkan sahaja dahan2 tersebut. Namun, tidak banyak sumber yang dapat kami perolehi kerana tiada siapa yang berani membuka mulut pasal rumah tersebut.


Beberapa hari kemudian, kami telah berpakat untuk memasuki kedalam banglo tersebut. pada mulanya aku berfikir kawan2 aku ni hanya bergurau. Pada malam itu, aku menjemput kawan2 aku yang lain seperti biasa. Aku yang beranggapan pelawaan dorang yang seakan-akan bergurau tidak bersedia pun untuk pergi ke banglo itu. Aku tgk kawan aku yang panjang ni dah siap bawak lampu suloh yang besar ... " oit! kau nak suluh orang berak ke nak suluh hantu ni??" kata aku sebaik saja lampu suluh besar itu dibawa masuk ke dalam kereta aku.


Sepanjang perjalanan menuju ke banglo lama itu, kami tak berhenti-henti bersembang dan bercerita pasal banglo yang kami nak pergi ini. masing2 begitu excited untuk melalui suatu pengalaman yang bakal dilalui sebentar lagi...


Malam itu, lebih kurang jam 11 malam cuaca begitu tenang.Sunyi. Burung2 yang rancak berkicauan pada sebelah petang tidak lagi kedengaran. Pekan Tg Malim bukanlah seperti kuala Lumpur yang masih 'hidup' walau pada jam sebelas malam seperti itu. Hanya beberapa buah kenderaan saje yang masih berada di atas jalan raya


Semakin dekat dengan tempat yang dituju, semakin sunyi keadaan dalam kereta yang dipandu. masing-masing terkunci mulut tidak berbicara. Aku terus bawak kereta ke tempat yang ingin dituju. Begitu cermat agaknya  sampai langgar lopak air pun aku tak sedar. Di selekoh masjid tg. malim, berhadapan dengan balai bomba tg malim, iaitu beberapa kilometer sebelum sampai di banglo lama tersebut aku sekali lagi bertanya kepada member2 aku, " korang betul-betul ke nak masuk rumah tu? " "Ya!" begitu bersemangat member-member aku menjawab soalan mudah dari aku.


Kami parking kereta jauh sedikit dari banglo tersebut. Perlahan-lahan kami menuju ke banglo tersebut sambil menghalakan lampu suluh ke arah jalan supaya dapat melihat laluan dengan lebih jelas. Aku memandang ke langit, cahaya bulan yang penuh menambahkan lagi degupan jantung kami berempat. Kini, kami berempat betul-betul berdiri dihadapan banglo lama tersebut.Tidak seperti pada siang hari, banglo tersebut begitu gelap,lalang-lalang yang begitu panjang serta dahan-dahan pokok menutupi keseluruhan banglo tersebut. Bunyi anjing menyalak di kawasan berhampiran menambahkan lagi sound efect yang begitu menyeramkan. 


"wah, gelapnya....macam mana kita nak masuk ni?" tanya aku.
"masuk aje la.. cuba suluh pintu masuk banglo ni" jawab azwan.Sidiq pun menghalakan lampu suluh ke arah pintu masuk banglo tersebut..
Sekali lagi kami tertanya-tanya sama ada ingin meneruskan tujuan asal atau pun mambatalkannya....
Pandangan mata kami masing-masing tertumpu ke arah banglo tersebut....


Dup...Dap....Dup...Dap...Dup...Dap.............


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kami tergelak, gembira sambil bersembang dari isu rumah hantu sehingga terbuka kisah2 sejak zaman sekolah tadika.......kedai burger lu memang best la bro! 
Tak sangka, hanya dengan satu soalan sahaja plan yang dibuat dari awal pagi boleh terbatal begitu sahaja.... damn ko Amat!






"korang betul ke nak masuk ni, kalau ada benda yang ikut kita balik nantu mcm mana??"


p/s : kalau takut jgn ikut!

Sunday 27 November 2011

Renungan NOVEMBER (2)

Bulan NOVEMBER 2011 memang penuh dengan cabaran dalam hidup aku.
Segala yang berlaku sebenarnya ada sebabnya. Aku sebagai Hambanya hanya perlu bersabar dan menghadapi dugaan itu dengan tenang. Kata braser KB, dugaan yang Allah turunkan kepada kita sebab Dia sayang kan kita. 


7 November 2011
Bermulalah hidup aku tanpa My Vee (buat sementara waktu ye..) ... My Vee adalah sebuah kereta yang banyak berjasa kepada aku, yang telah bawak aku berjalan jauh sehingga ke negeri cik siti wan kembang malah sehingga ke sempadan Thailand. My Vee tak banyak meragam. Jarang untuk dia merajuk kerana dia tau yang tuannya tak pandai nak pujuk. So, atas sebab itu lah aku sangat sayang kan Vee aku tu (ahakz!). Entah kenapa mungkin sejak kebelakangan ni aku ada berhajat nak kete yang lebih baik dari Vee aku tu, mungkin itu punca dia jadi begitu, terus membawa diri ke Segambut.Ketiadaan Vee disisi 'mematahkan kaki' aku.


Insurans - Seriously, aku memang tak pernah ambil tau pasal insurans ni, yang aku tau setiap tahun aku kena bayar insurans kereta aku yang berjumlah hampir seribu ringgit malaysia. Insiden ini memberi aku pengetahuan berkenaan insurans ini. Selepas exciden malam itu, keesokannya aku dan rakan2 yang boleh digelar sahabat pergi ke perodua cawangan Segambut untuk menguruskan insurans bagi pihak My Vee... Pihak perodua memintak aku membawa dokumen2 yang diperlukan bagi proses untuk claim insurans.Masa itulah aku baru tau berapa banyak yang pihak insurans cover kerosakan yang aku alami itu yang selama ini ada aku kisah??
Banyak yang aku belajar menganai insurans dari isu2 yang ditimbulkan oleh pihak perodua yang banyak mengganggu fikiran aku.


Tak ramai orang tau yang aku excident, hanya ahli keluarga, sahabat2 di kampung dan rakan2 sekerja. Biler aku bagi tau yang aku excident alhamdulillah kebanyakannya memberikan reaksi yang positif. Ada yang begitu simpati, ada yang memberikan semangat dan nasihat kepada aku ada juga yang menganggap aku bergurau.


Namun,sebagai seorang lelaki yang penuh dengan ego, tak banyak yang aku cerita pada kawan2.Aku hanya cerita perkara yang perlu sahaja tapi apa yang tersirat dalam hati, apa kesusahan yang dialami hanya tuhan yang tahu. Tak perlu aku membawa cerita2 sedih untuk meraih simpati sesiapa,tak perlu aku cerita tentang gangguan yang aku terima dari budak yang aku langgar  tu meminta aku selesaikan masalah yang dihadapi untuk claim insurans, tak perlu cerita bagaimana susahnya aku nk berhubung dengan pihak perodua yang sering memberi alasan dan memberi perkhidmatan yang tak memuaskan!


Itulah hikmahnya, bila kita ditimpa kesusahan lita akan lihat siapa yang akan datang membantu dan siapa yang akan meninggalkan kita, siapa yang akan mengambil kesempatan keatas diri kita dan siapa pula yang akan datang membantu kita dengan hati yang jujur dan ikhlas.Sesungguhnya, keikhlasan itu sangat abstrak. Kita tidak dapat melihat keikhlasan seseorang tetapi apa yang mampu kita lakukan mendoakan orang yang telah membantu kita itu ikhlas dalam memberikan bantuan, InsyaAllah....


p/s : Doakan kesejahteraan Vee saya ye... :)

Renungan NOVEMBER (1)

November 2011


Hari ini adalah hari yang penuh bermakna buat seluruh umat Islam di muka bumi yg semakin uzur ini...Awal Muharram @ Maal Hijrah adalah permulaan buat seluruh umat Islam dalam mempertingkatkan lagi amalan dan kewajipan sebagai umat manusia yang tidap pernah terlepas dari sifat alpa dan lalai. Hari ini juga semakin mendekatkan lagi kepada bulan Disember dan November 2011 akan melabuhkan tirainya beberapa hari saja lagi.


Entry kali ini aku bukan nak bercerita pasal Awal Muharram @ peristiwa Maal Hijrah yg berlaku lebih dari seribu tahun yang lalu..Tak perlu lagi bercerita pasal bagaimana Hijrah berlaku kerana aku yakin korang semua telahpun terdedah dengan penceritaan Hijrah ini sejak dari kecik lagi, tapi apa yang tuan-tuan dan puan-puan sekalian perlu lakukan adalah dengan mempelajari serta muhasabah diri melalui peristiwa2 hijrah Rasulullah S.A.W. Entry kali ini adalah sebagai renungan apa yang berlaku sepanjang NOVEMBER 2011 ini. 


Sesungguhnya, November 2011 ini adalah bulan yang penuh cabaran kepada diri aku dimana pada awal bulan suatu peristiwa telah berlaku kepada diri aku yang meninggalkan kesan begitu besar sekali. Aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh terbabit dengan kemalangan. Dipendekkan cerita, aku dah melanggar sebuah kereta kat Highway Plus di Exit Bukit Tagar menghala ke arah Kuala Lumpur. memang tragis la.... 


Sampai sekarang aku masih tak boleh percaya yang aku boleh excident malam tu. Betul, pada hari kejadian memang hari yang sangat sibuk bagi aku. dari pagi sampailah pada masa aku nak bertolak balik ke Ampang malam tu, memang aku tak sempat nak rehat maklumlah sibuk dengan macam2 hal (rasanya tak perlu dinyatakan disini). Mungkin faktor keletihan itu menyebabkan aku boleh excident. 


Ok lah, peristiwa excident ni sebenarnya memberi banyak pengajaran pada aku. Dari peristiwa ini lah aku boleh melihat berlakunya ketidakjujuran, kasih sayang, persahabatan, dan macam2 lagi. Aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di muka bumi yang bertuah ini kerana aku tak alami sebarang kecederaan fizikal tetapi emosi mungkin sedikit terganggu.


Masih teringat lagi hampir seluruh keluarga aku datang selepas saje aku call bagi tau yang aku excident. Ibu,kakak,abang ipar, abg dan adik aku  datang memberi semangat serta menolong aku menghadapi saat2 yang sukar itu. Dalam masa yang sama juga 2 orang yang boleh dipanggil sahabat yang juga sanggup datang dengan naik moto walaupun malam2. memang terharu laa..  Cuma yang memeningkan kepala aku yang masih terkejut lagi masa tu adalah kete aku ni nak antar ke bengkel mana satu ni???  ada towing cina yang datang paling awal yang tanpa diundang sibuk nak suruh aku amik towing dia biler aku kata xnak dia boleh paksa2 aku... lepas tu dia nak paksa budak yg aku langgar tu pulak...malam tu saja aku pun x ingat berapa orang yg datang sebab nk tarik kete aku bawak ke bengkel dorang, termasuklah orang perodua.  


Selepas 2 jam baru perkara ni settle, Aku masa tu memang dah berserabut dah, fikiran entah kemana rimas dengan sikap orang2 yang datang nak tarik kete tu. Aku tak tau nak buat keputusan mcmmana, aku tak tau nak percaya yang mana satu sebab masing2 memberikan janji2 manis.Akhirnya, semua nya menyerah kalah, sebabnya orang perodua telah memberikan janji2 yang paling manis!
Dari peristiwa inilah aku mempelajari bagaimana untuk membuat keputusan dengan bijak. Namun persoalannya, bijak ke keputusan yang aku buat tu?? boleh ke aku percaya dengan janji2 orang perodua tu?? Semuanya akan terjawab selepas 2 minggu...



Saturday 29 October 2011

Satu Lagi Kisah Seram...

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja…Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan “BILIK TERAKHIR ” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. 


Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. 


Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.


 Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? 


Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya…. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, “Heyyyyyy manusiaaa.. Jangan awak sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ” ” Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ” Ha Ha Ha Ha Ha ” Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa … “ P/s: hahaha..sekadar hiburan..sori kawan, aku pun terkene..ekeke 
(terima kasih kerana minat membaca)

Saturday 8 October 2011

Selamat Hari jadi ATAU Selamat Hari Tua



Pada hari ulangtahun kelahiran ku yang ke-23 lalu, aku diminta oleh ibu untuk pulang ke rumah berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga yang lain maklumlah hari jadi ku pada tahun ini jatuh pada bulan ramadhan... So, lepas abis keje, aku terus bergegas pulang ke Kalumpang, meredah kesesakan di MRR2, terus masuk ke jalan DUKE sampai ke Plaza Tol Jalan Duta. Keadaan jalan masa tu tak payah nak cakap la memang selalu jem ditambah lagi bulan puasa ni, semua orang nak balik cepat!


Aku dah tak peduli ape lagi, yang aku tau mesti sampai kat rumah sebelum masuk waktu berbuka! Perut aku memang dah lapar, ditambah lagi dengan sikap pemandu-pemandu kat Highway Plus tu mengurangkan lagi tahap kesabaran aku...Aku pun terus memecut untuk sampai ke destinasi. Akhirnya aku sampai juga ke tempat yang dituju. 


Aku cuba berlagak seperti biasa dan tak nak mengharapkan yang bukan2 sebab terlalu jarang hari jadi ku disambut oleh keluargaku sendiri kerana aku sendiri malu untuk sambut hari jadi. Bukan kerana aku malu akan diriku yang sudah meningkat umur tetapi bagi aku menyambut hari jadi adalah untuk kanak2 yang sedang membesar. Aku juga tidak mengharapkan ada kek besar masa berbuka puasa nanti namun aku tidak dapat bayangkan apa akan berlaku nanti. 


Sampai dirumah, macam biasa aku disambut mesra oleh ibuku yang sentiasa menungguku kepulanganku. Aku salam tangan ibu dan membawa beg pakaian masuk kerumah. Anak-anak buahku juga dah menunggu nak ucap selamat hari jadi kepadaku. Arghhhh aku mula rasa segan disambut sebegitu rupa. Namun aku masih berlagak seperti biasa. Jam baru menunjukkan jam 7.05 pm , ini bermakna ada 20 minit lagi sebelum masuk waktu berbuka puasa. Semakin dah nak masuk waktu maghrib, adik-beradikku yang lain sudah mula pulang kerumah. Kakak pun sudah pulang dari bazaar ramadhan dengan suaminya untuk berbuka puasa bersama-sama.Begitu juga dengan abang aku. Semua sudah berkumpul. Aku begitu gembira. Aku x harapkan upacara besar-besaran, kek setinggi tiga tingkat dan lilin yang memenuhi kek untuk menyambut hari jadi tapi cukup sekadar berkumpul satu keluarga dan mengucapkan 'selamat hari jadi'.  


Akhirnya, setelah berbuka puasa bersama-sama, barulah ada kek harijadi dibawa keluar oleh ibu aku. semua manyanyikan lagu SELAMAT HARI JADI kepada aku... Anak-anak buah aku melompat-lompat gembira melihat kek yang bagi aku cukup bermakna bagi diri aku. hehehee...
Aku mula mengucapkan terima kasih kepada semua sebab sudi menyambut hari jadiaku walaupun dalam keadaan sederhana namun sudah cukup buat aku. Selapas itu kami semua makan kek dan berakhirlah sambutan hari jadi aku....


Di facebook pula, aku terima banyak ucapan selamat hari jadi...ada juga yang mengucapkan SELAMAT HARI TUA. Ake senyum :-)   Memang umur aku sudah meningkat. aku terima ucapan itu. Aku sudah mulai tua sejak umur aku meningkat. Ucapan selamat hari tua mempunyai banyak maksud. terpulang kepada individu itu untuk menerima atau sebaliknya. Tidak dinafikan pasti ada yang memuncungkan bibir mereka kalau ada kawan2 yang menghantar mesej selamat hari tua kepada mereka. itu tandanya mereka tidak mahu menerima yang mereka semakin tua. Salah ke nak beri ucapan selamat hari tua?? Mesti ke beri ucapan selamat hari jadi atau selamat ulangtahun kelahiran??


Sebenarnya, berapa ramai yang mengakui diri mereka semakin tua? Jika diberi pilihan, berapa ramai pula yang ingin menjadi muda? Pasti ramai yang akan berkata ,
                               "kalaulah aku boleh jadi muda..."
                               " eh, muka dah berkedut ni....."
                               " aku taknak jadi tua, aku nak mudah dan gagah macam dulu...."
Kebanyakan orang melihat menjadi muda itu lebih baik dari menjadi tua...Menjadi orang muda bermakna mereka lebih tampan, lawa dan gagah. Mereka hanya melihat peningkatan umur itu dari segi fizikal, kekuatan diri dan kepuasan hidup. Ramai orang tua akan menyesal kerana mereka tidak berpuas hati dengan masa muda mereka, sebab itulah timbul persoalan untuk menjadi muda semula.


Bagi aku, Menjadi tua itu bermakna diri kita semakin matang. Kematangan diri, pengalaman hidup akan sentiasa meningkat selaras dengan peningkatan usia.Jika dulu kita adalah kanak-kanak kecil, sekarang kita adalah orang dewasa yang mampu berdikari. Dulu kita adalah orang yang tidak pandai membaca dan tidak tahu mengira, adakah kita ingin kembali jadi muda yang tidak tahu membaca dan menulis itu?? Sudah tentu jawapannya tidak sama sekali.


Justeru, setiap dari kita harus melihat peningkatan umur itu dari sudut yang lebih baik. kita harus menghargai usia kita dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik kerana umur kita tidak boleh dikembalikan. Mungkin dari fizikal boleh dikembalikan., muka yang berkedut boleh di'getah'kan , badan yang kurus boleh disasakan kembali namun itu semua hanyalah di luaran semata-mata tetapi yang perlu kita lihat adalah bagaimana kita mematangkan diri kita, bagaimana kita menggunakan masa kita dengan sebaik-baiknya.Apa yang kita perlu raikan adalah kematangan diri kita.

Oleh itu, saya berharap kawan-kawan semua jangan mudah melenting bila ada sahabat2 yang mengucapkan SELAMAT HARI TUA kepada kita... sambutlah ucapan itu dengan ucapan terima kasih dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri... InsyaAllah.



Monday 8 August 2011

Sudah Mula Bosan..

Terima kasih kepada semua pembace yang sentiasa menyokong blog aku ini.
Semoga sokongan anda semua membuatkan aku terus bersemangat untuk menghasilkan entry2 yang menarik dan meninggalkan kesan dalam hati anda semua.


Jam menunjukkan 8 malam. 
Bersendirian didalam bilik dengan kipas yang meluncur laju menhasilkan deruan angin yang sangat merdu menambahkan lagi kesyahduan dalam diri ini.Lampu di Laptop mula berkelip-kelip memanggilku untuk menghidupkan semula dirinya yang telahku tinggalkan sejak azan maghrib berkumandang tadi.Kesian si laptop ni, sebaik saje mendengar azan maghrib, aku terul berlari menuju keruang tamu untuk mencapai sebiji kurma untuk berbuka seterusnya melahap beberapa jenis juadah berbuka puasa.


Aku termenung seorang diri.. mengenang nasib diri. Terbit perasaan kasihankan diri sendiri. Sampai bilakah aku harus jadi begini, mengapa begitu lemah sehingga mudah tertewas dek jelingan manja wanita2 di petang tadi?Adakah aku sudah lupa pada janji serta iltizam sejak mula2 bertemu dengan Ramadhan?? Arghhh mengapakah aku begitu mudah lupa pada janji?? Sekali lagi aku memerhati diri ini.


Setiap tahun benda yang sama akan berulang lagi. Aku masih leka dan lalai... Masih tidak mengambil serius perkara ini yang membuatkan aku mula bosan! Adakah aku ini terlalu lemah untuk melawan Durjana itu??
Sepatutnya inilah masanya untuk aku membuktikan kekuatan diriku. Namun nafsu itu bukan mudah untuk ditunddukkan. Aku saja yang sering tertewas.


Sampai bila ini semua akan terus terjadi? adakah aku akan membiarkan saja ia berlaku setiap tahun? Apa yang harus aku buat lagi... Aku begitu lemah setiap kali menghampirinya..... 


Begitulah yang terjadi saban tahun. Bulan Ramadhan sepatutnya adalah kesempatan untuk kita mengawal segala nafsu terutamanya nafsu makan. Bulan untuk kita merenungi nasib orang2 yang di dalam kesusahan. Supaya kita dapat merasai ape yang mereka rasa.


Benar! Aku mampu menahan lapar dan dahaga pada siang hari tapi, bila berbuka... hanya Allah yang tahu...
Puasa yang sebegitu bak kata Ustaz yang memberi tazkirah pada solat terawikh semalam , adalah Puasa Balas Dendam...Benar apa yang dikatakan ustaz tersebut. Seseorang yang berpuasa pada siang hari namun ia berbuka dengan makanan yang terlalu banyak seolah-olah orang itu balas dendam kerana tidak dapat makan pada siang hari tersebut.


Betapa sedihnya biler mengenangkan diri yang masih tidak mampu untuk mengawal nafsu makan...

Tuesday 2 August 2011

Nak Tukar Nama......

Aku terkedu seketika biler membace berita  mengenai seorang  pemuda yang ingin menukar nama kepada nama wanita. Serius! Aku sememangnya tak menyangka perkara seperti ini akan berlaku di negara Islam seperti Malaysia ini namun, aku harus terima...seperti yang selalu diungkapkan oleh seorang sahabatku,
"tiada apa yang mustahil kat dunia ni."

Itulah hakikat yang harus aku terima. Biler aku membace dengan lebih terperinci lagi, aku tersenyum. Bukan aku nak ketawakan pemuda tersebut tapi, aku terkenangkan sebuah cerita melayu yang hampir serupa dengan perkara yang sememangnya telah benar2 berlaku dalam masyarakat malaysia ini. Pembikin filem Waris Jari Hantu itu seolah-olah telah mengetahui perkara seperti ini akan berlaku di Malaysia ini.

 Aku masih ingat lagi bagaimana watak yang dipegang pelakon Rusdi Ramli pergi ke pejabat pendaftaran untuk menukar nama di kad pengenalannya dan bagaimana permohonannya ditolak oleh watak Ida Nerina... Aku tergelak kecil mengingatkan cerita filem tersebut. Sewaktu filem tersebut dikeluarkan, aku menyangka filem itu hanyalah rekaan semata-mata tetapi cerita itu benar2 telah berlaku!

  Namun, yang ingin aku ceritakan bukanlah kejahatan atau keburukan yang dilakukan oleh saudara Ashraff itu, tapi lebih kepada ape yang aku rasakan dari peristiwa itu. Dalam orang ramai memperkatakan macam2 tentang pemuda tersebut namun, dalam hati ini, terbit rasa kasihan terhadap pemuda tersebut yang kini telahpun kembali ke rahmatullah.... Innalillah.....

Ya! Ashraf @ Aleesya Farhana  memang aku kenali sejak masuk kolej dahulu. Dia yang aku kenali sebagai Ashraf sungguh lembut dan bersopan santun orangnya.selama 3 semester aku berjiran dengannya di hostel dulu, dia tidak pernah mengganggu emosi dan perasaan aku dan kwn2..sebagai senior aku, aku menghormati Ashraf.Walaupun jarang bercakap dengan ashraf, tapi dia bukanlah orang yang jahat.

 Ape yang aku boleh cakapkan, aku amat bersimpati terhadap arwah Ashraf. tidak sangka dia akan bertindak sebegitu jauh sehingga sanggup menukar jantina. Tapi, itu semua sudah berlalu.. Arwah telahpun kembali kerahmatullah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan segala dosanya diampuni Allah swt.

 Apa yang berlaku kepada Ashraff adalah sebagai dugaan dan pengajaran kepada kita dari Allah swt. melalui saudara Ashraf. Semoga kita semua dapat mempelajari dari peristiwa ini. Sama-samalah kita berdoa agar roh arwah dicucuri rahmat Allah swt.

 Al- Fatihah.....

Wednesday 27 July 2011

JuLai 2010


Hari yg huru hara!! Bukan la bermaksud bumi ni alami gempa bumi yg menyebabkan seluruh dunia menjadi huru-hara tapi lebih kepada kesibukan diri untuk menyiapkan diri dengan persekitaran kerja yang baru. Sebagai pekerja yang baru melaporkan diri di tempat baru (bukan lagi jadi budak praktikal tapi ini betul2 dah keje ni!!!) , pelbagai borang lah yg aku dan beberapa org lagi kawan kena isi. Lepas lapor diri kat pejabat  HRPZ 11 , kena isi pelbagai borang. Masing2 mengisi borang dengan teliti mcm jwb soalan exam last semester je!


Arghhh time tu la dia nk mintak gambar la... photostat i/c, surat beranak, n mcm2 lg photocopy, nak gambar la...  photostat penyata KWSP ??? aku mana ada KWSP... ni first time keje betul2..sebelum ni penah la aku keje... tapi paling lama pun aku keje 2 minggu itu pun masa keje kat Riamoda Tg. Malim dan Chicken King Tg. Malim... takde pun dorang suruh buat KWSP..


Tengahari tu, aku dengan kawan2 yg lain pun bergegas cari kedai bangunan Kwsp yang terletak di tengah2 bandar Kota Bharu... takde la tinggi sgt bangunan tu...lama jugak urusan kat KWSP tu. Walaupun kat luar bangunan matahari dah terpacak kat atas kepala namun, aku dengan kawan2 yang lain masih segak mengenakan uniform yang baru dibeli siap dengan tali leher tajaan Persatuan Pembantu Perubatan serta jaket hitam KKM.


Hari pertama mengenakan uniform keje memang membuatkan hati kami begitu bangga. Jaket hitam yang dikenakan dengan uniform menambahkan lagi kehenseman diri kami semua! Inilah uniform kami....
Begitu bersemangat tanpa segan silu 5 orang pekerja yang baru melaporkan diri berjalan di tengah bandar kota bharu

Tuesday 26 July 2011

"Macam Beli Gula-Getah "

Aku memang bengang dengan adik aku! 

Sebenarnya aku ni bukan lah jahat sangat..aku ni baik (erkkkk angkat bakul je) Sejak dah ada gaji ni aku memang bermurah hati dengan adik2 aku. Kalau dulu balik kampung je aku akan beli something utk adk2 aku, at least aku akan beli sehelai baju yg dijual di wakaf che yeh (siam mari...)

Arghhh malas la nk cerita ttg kebaikan aku.. nnt korang kata aku menipu pulak!  Yang aku nk citer ni pasal adik aku...Budak Perasan Jambu (BPJ) aku gelarkan dia. Umur dia baru 15 thn tapi dah ada motor so, tiap2 ari dia pegi sekolah naik motor aje la..Budak tgh Up, dah ada moto.. banyak la awek2 hingusan yg melekat... ciss!!   

Namun, bulan Disember tahun lepas, si BPJ mengalami suatu tragedi yg memilukan, si BPJ dan motornya dirempuh oleh kawan dia sendiri.. maka motornya mengalami kerosakan..kaki si BPJ pun rosak jugak sehingga terpaksa disimen (ikut bahasa org kampung tapi kalau bahasa medical kena POP)  Maka dengan perasaan hibanya, si BPJ terlantar dirumah manakala motor si BPJ terlantar di workshop.



Beberapa bulan kemudian, setelah segalanya kembali normal, si BPJ pun dah sembuh kakinya, motor kesayangan BPJ pun dah siap, BPJ telefon aku, minta aku tolong bayarkan duit repair motor dia. Ikutkan hati aku mmg xnak tolong bayarkan... Mak aku call pulak minta aku tolong tambah sikit duit nk bawak keluar motor BPJ dari workshop ermmm aku biler dah diminta mak aku utk tolong bayarkan, aku dengan berat hati pun keluarkan duit utk bayar duit repair motor BPJ tu.. dia pun berjanji nk belajar rajin2 memandang kan tahun ni dia amik PMR... Dia kata senang sikit dia nak pegi sekolah nnt... dalam hati aku, "eleh aku dulu pegi sekolah naik basikal je, boleh jugak belajar! "
  
Hari demi hari berlalu, si BPJ dah pegi sekolah mcm biasa...setiap hari dengan motor dia...tapi belajar tak tau la...Lesen motor takde tapi selamba je naik moto kesana-sini. Tak aku akui mmg perasaan jeles tu ade.. Masa zaman aku sekolah, budak2 kebanyakannya naik basikal, yang naik motor pun budak2 yang agak mewah la tak pun motor yang dorang pinjam dari mak bapak dorang... tapi aku tengok budak2 zaman sekarang dah ada motor sendiri.. bukan motor pinjam!

Jun 2011

" Ibu, nak duit nak beli rangka basikal tua kat kedai besi buruk.." Si  BPJ mengejutkan aku pada suatu hari. Aku jadi hairan ape benda lah yang dia nak buat dengan rangka basikal tua tu nnt ye?


Menurut si BPJ, inilah trend budak2 sekarang, orang main fixie... 

"so, ape kaitan fixie dengan rangka basikal tua yang kau nak beli kat kedai besi buruk tu??" 

 "nak buat basikal fixie la... beli rangka dulu.. nanti baru beli tayar dia, spray kasi lawa-lawa.. nanti boleh jadi fixie... budak-budak kat kampung keliang ramai dah buat fixie guna rangka basikal tua.. LAWA...... tak caye pegi la tengok kat kampung keliang" 

Sah!!adik aku dah terpengaruh dengan budak-budak kampung sebelah...


Aku pun tak tau ntah biler fenomena ni melanda budak2 kat Malaysia ni, mgkin selepas Azizul Hasni Awang jadi femes dengan basikal yang dia kayuh tu...Kesannya melanda dan merebak kat budak2 kampung aku jugak terutamanya adik aku si BPJ & the geng... 

Aku dah rimas dengan permintaan adik aku yang berunsur paksaan  time mak aku tengah siap2 nak pergi keje. Dalam rayuan si BPJ tu ada jugak terselit ayat2 berunsur kesian yang berbunyi mcm ni.. 

"dah banyak kedai besi buruk orang pegi dari pagi tadi dengan anak cik Wah tu, kami selongkar kedai besi buruk tu nak cari basikal tu... kami dah jumpa satu, memang lawa dan elok lagi.. murah pulak tu...bagi la duit nak beli..."

Menyampah aku dengar ayat yg merayu macam tu... Sebelum pergi kerja, sempat mak aku mengarahkan aku bawak adik aku pegi kedai besi buruk belikan rangka basikal untuk adik aku, duit mak aku dah pun bagi kat adik aku...Lepas beli rangka basikal tua tu, adik aku ajak aku pergi kedai basikal pulak, dia kata nak tengok-tengok tayar basikal je... so, aku tunggu je dalam kereta sementara adik aku tengok2 sparepart kat kedai basikal tu... tak lama lepas tu, dia panggil aku, mintak duit nak beli tayar basikal.. ciss, sempat lagi dia pow aku!!  Memang dah panas aku mcm ni... grrrrrr.



******************************************************************

Minggu berikutnya,aku balik kampung, si BPJ tu tengah repair2 basikal fixie yang dia nak buat tu.. geng2 dia dah berlonggok kat  rumah tolong ape yang patu, tolong memekak pun ade jugak... Aku?? aku ok lagi... cool. dalam hati harap xda duit aku melayang lagi....

Minggu selepas itu, aku bawak mak aku dengan si BPJ pegi Tesco Bukit Beruntung yang baru bukak tue.. lepas tu, pegi Batang Kali, makan tengahari, pusing2 sekejap lepas tu si BPJ pun ternampak kedai basikal yang menjual fixie.. dia ajak aku pergi kedai tu sebab nak tengok barang2 untuk basikal yang dia nak buat tu... aku pun ok je..

Kali ni aku tengok si BPJ mcm teruja sikit sebab kedai tu banyak basikal fixie,lawa-lawa pulak tu dengan warna yang pelbagai yang mampu menarik minat budak2  tak matured macam si BPJ tu... yang mak aku pulak pun sama... siap tanya harga lagi...yang si BPJ tu apa lagi, boleh pulak minta nak beli satu ... ( macam dah lupa pulak dengan basikal tua yang dia tengah nak upgrade jadi fixie tu)  mak aku mintak aku tolong belikan sebab tak bawak cukup duit. si BPJ tu pun dah jeling aku semacam... aku buat tak tau. Aku kata lain kali lah beli, aku pun tak bawak cukup duit ni....

" alah, kita pegi la cucuk duit dulu kat bank lepas tu datang kedai ni semula beli..."

" Ahh, tak payah la beli, yang kat rumah tu kan dah ada nak buat ape beli...."

Aku mula membebel, memang aku dah naik angin dengan adik aku ni, selalu sangat macam tu. Aku ajak mak dan si BPJ tu balik. Si BPJ tu merungut, buat muka tak puas hati, nasib baik dia bukan budak 5 tahun, kalau tak tentu dia dah terguling-guling kat atas jalan...

Mak aku pulak, sibuk memujuk adik aku yang dah tak tentu arah. Mak aku berjanji akan belikan nanti tapi nukan time tu..mak aku nak bawak adik aku datang kedai tu belikan.. Time tu jugak aku bebel kat mak aku dan adik aku... geram betul dengan adik aku tu, semua yang dia nak boleh je dapat, mintak ape saje, kalau dia tak mintak kat mak aku, dia mintak kat kakak dan abang2 dia... beruntung jadi anak bongsu!  boleh mintak ape saje. 

" Bagus la kau ye, nak ape saje mintak je... nak motor, orang bagi... nak basikal tua, pegi beli... skarang nak fixie pulak?? ingat macam beli gula2 ke... senang je nak keluarkan duit... Aku dulu nak beli basikal harga seratus lebih pun susah, ni pulak nak beli fixie harga RM500??"

 Kami terus balik rumah, mak aku senyap, setuju kata2 aku tu...si BPJ menangis tak henti2 sepanjang perjalanan balik rumah.Sampai rumah dia masuk bilik dia sebelum menghempas pintu bilik dia dengan kuatnya.

Puas Hati aku!



Minggu berikutnya, aku balik kampung lagi... Pada mulanya si BPJ tak keluar dari bilik dia...tapi apa yang aku jumpa dalam bilik dia, sebuah Fixie yang baru dibeli............................................................



******************************************************************


Sekarang, adik aku makin aktif dengan basikal fixienya...Dia orang pertama beli fixie kat kampung aku tue... dia pencetus kepada basikal fixie dalam kalangan geng2 dia... Dulu kesoh nak buat basikal fixie dari basikal tua, tapi sekarang geng2 dia pun dah pandai pow mak bapak dorang belikan basikal fixie jugak. Sekarang kemana-mana saja dengan fixie nya itu.  

Mak aku pun lega sebab dah risaukan si BPJ tu naik moto tanpa lesen lagi... tapi persoalannya, sampai biler fenomena fixie ni akan bertahan, lepas ni fenomena apa yang akan muncul??  Harap2 lepas aku dah kaya ler... hihihi.
Citer belum habis lagi... yang jadi masalahnya skang, mak aku pun dah pandai pegi kedai usha2 fixie... nak beli untuk adik aku yang satu lagi katenye...........................................................

***************************************************************

Wednesday 6 July 2011

Prosedur itu....

suatu pagi.......

"Sakit tak" 

"Tak. tapi tahan sikit ye...."

"ok.."

"Saya tepuk sikit ye...."

"kenapa kena tepuk?"

" Kasi dia timbul! "

"oooooo"

" Ok, tahan sikit ye... sakit sikit je....saya nak masukkan ni... tarik nafasss"

"arghhh sakittt"

" tahan sikit je lagi.. dah keluar banyak ni.... "

" kenapa sakit ni? "

"okey, dah siap! "

"fuhhh lega... tapi kenapa pekat sangat darah saya tu? "

*************************

p/s : itulah rutin harian ku di bilik darah....









Wednesday 15 June 2011

- KISAH YANG MENYENTUH PERASAAN -

Aku pun tak ingat hari itu hari yang keberapa dalam bulan Ramadhan, Aku mcm biasa datang bekerja utk menunaikan tanggungjawab sebagai 'budak praktikal' . Hari itu entah hari keberapa aku berada di bilik bersalin.. aku bukannye nak bersalin pun, tapi sekali lagi diulangkan bahawa aku berada di bilik bersalin utk menunaikan tanggungjawab sebagai 'budak praktikal'. 


Pagi itu, keadaan bilik bersalin tu seperti kebiasaannya mmg sentiasa 'havoc'. Setiap bilik telah berpenghuni sejak pagi lagi.. Masing-masing menunggu giliran utk 'meneran'.  Bilik bersalin yg dipenuhi dengan gambar2 bayi yg tersenyum serta bunga2 di tampal dinding2 bagi mewujudkan suasana yg harmoni dan ceria ditambah lagi dengan suntikan senyuman para jururawat yang bertugas menambahkan lagi semangat serta motivasi utk aku memulakan tugas di pagi hari itu. :)


Tangisan bayi2 yang baru lahir mewujudkan suatu irama yang begitu unik sehingga memberi ilham utk para pencipta lagu menghasilkan karya yang sempurna! Bayi2 yang selamat dilahirkan ditempatkan di suatu ruangan untuk dibersihkan oleh jururawat yang bertugas. Bayi2 itu diusap dengan lembut. Sisa2 darah dan air ketuban yg dari rahim ibu yang melekat pada badan bayi dibersihkan.Curahan air yang begitu halus di alirkan kepada bayi untuk menerbitkan  kesegaran kepada bayi..Namun, Walaupun senyuman manis yang diberikan oleh sang jururawat,si bayi tetap menangis. Sang jururawat seolah-olah sudah biasa dengan keadaan itu, walaupun bayi itu tidak termakan dengan senyuman palsu sang jururawat, namun sang jururawat tidak berputus asa utk terus melemparkan senyuman.


Aku menjenguk kedalam bilik bersalin. Kelihatan Doktor2 dan jururawat2 sedang menyempurnakan tugas2 terakhir dalam menyambut kelahiran. Bayi telah selamat dilahirkan. Si ibu juga selamat melahirkan bayi. Namun tugas Doktor dan Jururawat harus diselesaikan. "Pintu yang dibuka harus ditutup semula."
Disitu lah,aku mula belajar melihat apa yg selama ini dikatakan 'sulit'. Aku mengenali 'sang uri'. 


"Banyaknya darah...." bisik aku dalam hati. Aku terus berlalu kebilik sebelah.


Dibilik sebelah, kelihatan jururawat sedang menyediakan peralatan di atas troli. 


"Os dah nak full ni, kita dah kena prepair barang2.Nak delivery ni..." Akak misi memberitahu aku dan misi2 yang berada dalam bilik itu.


Semua org dalam bilik itu pun bersedia utk menyambut bayi yang bakal dilahirkan. Wanita yang bakal melahirkan bayi itu diberitahu bahawa anaknya sudah hampir nak bersalin. Wanita yang berusia dalam lingkungan 25 tahun itu mengangguk walaupun muka nya menahan kesakitan.


Kedudukan wanita itu dibetulkan supaya mudah untuk proses bersalin. (Apa yang telah aku lihat tidak perlulah dinyatakan di sini ye....hihihi ) Wanita itu dah tak tahan, dia dah nak bersalin! 


"Push! Push! Push!" arah Misi yang sedang menunggu bayi keluar dari rahim wanita tersebut.
Semua yang berada dalam bilik itu mengarahkan wanita itu untuk meneran dengan cara yg betul supaya bayi dapat dikeluarkan dengan mudah.. 


Aku yang sedari tadi berada disisi wanita itu hanya memerhatikan gelagat misi2 tersebut. Salah seorang misi yang berada dlm bilik itu bertanya kepada aku, 


"kenapa kau tercegat je sebelah patient tu, taknak tengok ke mcm mana cara2 sambut bayi ni?"
" tak pe lah kak, saya puasa ni, tak elok tengok banyak sangat... boleh batal puasa saya! " hahaha sempoi x ayat aku??  Jururawat tu terus seyap. Aku bukan nak mengelak, tapi serius x sanggup melihat alat sulit orang lain lama2... Walaupun untuk belajar, tapi tengok lama2 pun x baik sangat... nnt org kata aku nak menggatal pulak...


"Teran lagi. teran, teran, Push!!!! " Aku tegok muka wanita tu, tengah meneran pun masih ayu.... Dalam hati aku, ni mesti anak pertama dia...Sebab tu aku mls nak g tgk bayi dia keluar.. kalau lah ada suami dia dalam bilik tu, mesti aku kena keluar. Masa orientasi dulu aku dah diberitahu bahawa student lelaki x boleh ada dlm bilik bersalin kalau suami pesakit pun ada dalam bilik bersalin.


Bayi dah nak keluar, tapi wanita tu masih lagi x pandai nak teran dengan cara yg betul. Tak boleh jadi ni, aku pun mesti kena ajar wanita tu cara yang betul supaya bayi dia tak lemas nanti.


"Kak, teran dengan betul, jangan berhenti. Push betul2" Arah aku.
Wanita itu pandang aku, mukanya yang ayu sedang menahan kesakitan utk meneran. Tiba-tiba dia genggam erat tangan aku lalu berkata, 


"Dik, maaf ye, akak nak pegang tangan adik " 


".............."


************************************
p/s - terharu dengan peristiwa ini. Disaat seorang isteri sedang bertarung nyawa utk melahirkan seorang insan di dunia ini, mereka memerlukan seorang lelaki @ suami untuk memberi semangat kepada mereka.


Renung-renungkanlah.....



Thursday 9 June 2011

Bukan kes Buang Anak Tapi.....

Hari Ahad lepas aku telah pergi ke suatu pusat peranginan besame dgn family aku.... Mmg happening la tempat ni.. ramai orgggg ...Rase mcm kat Hawaii pun ade jgak cuma xda la aweks2 yg pakai bikini n bra yg mahal2...  dorang pakai yg murah2 je kat sini..


Hari tu cuacer x payah nk cakap la...Terbaikkkk punye...Aku tgk anak2 buah aku bukan maen hepi punyer dorang ni..excited giler...Ahhh lantak la budak2 tu, jgn hilang n lemas sudah...Aku ngn mak aku cari port baik punye bawah pokok kelapak..bentang tikar..Aku pun amik kamera aku, snap gambar anak2 buah aku ngn adik2 aku tgh main tepi pantai....


Time aku tgh syok amik gambar tu, aku jadi kaget,konpius n seram sejuk serta excited biler melihat kekejaman yg dilakukan oleh satu family tu...Ini bukan main2 lagi ini dah jadi betul2.... aku tgk yg si anak dah terbaring senyap siap boleh senyum2 lagi...takde pun nak nangis mintak tolong...


Yang aku ni, x berani nak tgk dekat2.. aku tgk dari jauh jer... Yang menghairankan aku, bukan main ramai manusia kat pantai tu, xda sorang pun yg berani menegur perbuatan mak bapak tu yg sedang melakukan kekejaman terhadap anak dia... Yang aku lagi geram tu bukan mak n bapak budak tu je.. abg n kakak kepada budak tu pun turut serta dgn mak bapak dorang.. "Ishhh x bleh jadi ni, aku mesti amik gambar antar kat wartawan sinar harian ni! " bisik aku dalam hati..


Aku bg tau mak n kakak aku ttg ape yg aku nampak.. dorang leh senyum aje?? Tak berperikemanusiaan langsung!! Aku x kira, aku mesti snap kekejaman yg berlaku nih!!!


Tgk, ni hasilnya,






Aku ingat masa zaman jahiliah je dorang tanam bayi, rupe2nye, zaman skang pun ade, tgk lah betape bersungguh-sungguh nye mak bapak budak tu nak tanam anak dorang...


HUH!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...