Sunday 23 June 2013

JEREBU!!!!!!

Salam alaikk...
Dah lama rasanya x menulis blog ni kan....
Apa kabar agaknya rakan2 semua yek...


 Tengok la gambar kat atas ni yang saya post tu, memang terkejut mula2 masa keluar rumah tadi tengok keadaan cuaca di Kuala Lumpur memang amat kritikal sekarang ni....Pada awalnya saya fikir hanya kawasan Johor , Melaka dan Singapura je yang mengalami jerebu ni rupa-rupanya KL pun sama juga menerima nasib yang sama...Apa nak buat lagi dah nasib jadi begitu kan???

 Disini, saya nak mengingatkan teman2 semua agar jaga kesihatan diri sendiri dengan perbanyakkan minum air masak, basuh tangan selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar rumah, sentiasa  berada dikawasan tertutup (indoor) , kalau boleh elakkan la aktiviti luar tu ye...Yang paling penting, pakai topeng muka kalau keluar rumah!! Hahaha....

Semua orang tahu jerebu ni berbahaya untuk kesihatan, kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit salur pernafasan. Oleh itu, dengar lah nasihat saya ini...kalau rasa simptom2 seperti demam, sesak nafas, pening kepala dan sebagainya cepat2 lah pergi ke klinik atau  hospital untuk mendapatkan rawatan dari doktor...

Okay lah, salam sayang dari saya untuk anda semua, amalkan lah gaya hidup sihat dalam keadaan cuaca mcm ni, perbanyakkan lah berdoa agar ALLAH menurunkan hujan untuk kebaikan kita semua...InsyaAllah....

Asalamualaikum.....






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...