Saturday 4 June 2011

SURAT BUAT SAHABAT.........


Surat ni Aku dedicated to all my friends dari kecik sampai lah ke besar panjang ni.... Surat ni mula2 aku post kat fesbuk.. tapi rasanya nak letak kat blog ni pulak la... Maaf lah kalau ada unsur2 jiwang dalam surat ni...( dah nama pun surat...)

**********************************************************************************************************88



Sahabat,
Indahnya waktu dulu kan??? Kalau dulu kita boleh bergelak-ketawa bersama-sama walaupun masing-masing tgh stress...
kita boleh keluar setiap hari bersama-sama...boleh mandi sungai,main bola,merayap sana-sini.. tapi sekarang x lagi...
Dulu suka duka kita hadapi bersama..kita sumer bersatu atas satu perkataan iaitu 'sahabat' ... sama2 kita kena marah dengan cikgu bahasa inggeris kita.. sama2 pusing kat tapak perhimpunan sebab x buat keje biologi...walaupun malu time tu tp kita tetap buat... susah senang kita bersama...

Ingat x mcm mana kita selalu tension tiap kali kelas bahasa Inggeris? Subject tu la yg kita sumer x suka dulu kan... tp berkat kesungguhan dan perancangan yg kita lakukan...kita berjaya menghantar perwakilan bidadari2 untuk memikat hati guru yang paling garang disekolah kita tu sampai menjadi guru yg paling kita sayang dan kenang sampai biler2... saat manis kita x kan pernah luput dari ingatan....

Ingat x, kita sama2 melalui hari2 di kampung bersama-sama2...walaupun sahabat2 semasa disekolah rendah telah byk meninggalkan kita, namun kita tetap bersatu  hati...bersama-sama berjanji mengejar cita2 yg satu... bertemu di menara gading...hari2 yang kitalalui penuh dengan keazaman demi mengejar cita2...berganding bahu dalam setiap perkara..

Sahabat... dulu memang lah kita kanak2 lagi... perangai pun mcm budak2 tapi kita tetap budak2... kita kan budak kampung...cakap je ape benda yg kita x buat.. mandi lombong, mandi sungai,masuk longkang, mandi pancor.. sumer kita terjah! hahahaa apa permainan yang kita x pernah main? Gasing,kona-kondi,baling selipar,menembak,masuk hutan,keluar hutan, sumer kita dah buat....Ingat x kita penah buat port jemming kat dlm hutan dulu? time tu baru nak belajar men gitar.. dari pagi sampai petang kita melepak kat situ sbb nk belajar gitar...Bulan pose pun kita sanggup bejalan kaki jauh2 sbb nk g jamming kan?? huhu gigih betul kita dulu!

tapi itu sumer dulu.. kita bukan kanak2 lagi.. kita sumer dah berpisah. masing2 dah buat haluan sendiri. masing2 dah meninggalkan kampung halaman untu mengejar cita2 yang diimpikan dulu..kita dah x dapat nak masak meggi kati sungai inki bersama2..tak dapat nak pegi berenang di sunagai 'lubuk' sepuas-puasnya.. masing2 sibuk dengan tugas masing.
dah lama kita tak lepak kat kedai 'ina rock' tiap2 malam... dah lama kita x g karoke walaupun suara korang mmg x sedap! tp rindu nk dengar suara korang yg sembang tu! ... dah lama kita x main bowling sama walaupun aku sentiasa kalah..
Sekarang, tak lagi kedengaran gelak-tawa kawan2 dan sahabat yg dulu sentiasa disisi...

walaupun antara kita sering berselisih faham, kita pendamkan aje sebab nak jaga hati kawan..korang mmg baik la! ada antara kita yg penah x bertegur sapa seminggu tp korang tetap diam..then seminggu lps tu kita bekawan mcm biasa.. bak kata pepatah, air dicincang xkan putus! hahaha.
Kawan datang dan pergi, tapi sahabat sentiasa disisi.. walau jauh mana pun kita, hari raya pasti kita bertemu! hehe ( sorry tahun ni x dpt raya dgn korang)

Namun kini, dah sekian lama aku x besama kalian, ada ke yg berkecil hati? ada ke yg masih ingat sesama sendiri? mungkin kita jauh... dulu, orang kata handphone boleh mendekatkan yg jauh.. tapi itu dulu.. handphone dah x boleh mendekatkan kita lagi....tapi Facebook ni yang merapatkan kita... setiap hari tgk muka sahabat2 dalam fb bukan dalam handphone... xda sapa nk contact via handphone tapi via FB...

Thanx to FB kerana berjaya merapatkan kami.. berjaya menemukan kami di FB.

Namun, apekah persahabatan ini akan kekal selama-lamanya?
Dulu kita bersama-sama menempuh pelbagai rintangan, suka-duka bersama
Sekarang kita masing2 berpisah demi mengejar cita2...( harap perpisahan ini hanya sementara)
harap, masa akan datang kita dapat bersama-sama dengan kejayaan yang telah dikecapi..

-FRIEND FOREVER-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...