Saturday 8 October 2011

Selamat Hari jadi ATAU Selamat Hari Tua



Pada hari ulangtahun kelahiran ku yang ke-23 lalu, aku diminta oleh ibu untuk pulang ke rumah berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga yang lain maklumlah hari jadi ku pada tahun ini jatuh pada bulan ramadhan... So, lepas abis keje, aku terus bergegas pulang ke Kalumpang, meredah kesesakan di MRR2, terus masuk ke jalan DUKE sampai ke Plaza Tol Jalan Duta. Keadaan jalan masa tu tak payah nak cakap la memang selalu jem ditambah lagi bulan puasa ni, semua orang nak balik cepat!


Aku dah tak peduli ape lagi, yang aku tau mesti sampai kat rumah sebelum masuk waktu berbuka! Perut aku memang dah lapar, ditambah lagi dengan sikap pemandu-pemandu kat Highway Plus tu mengurangkan lagi tahap kesabaran aku...Aku pun terus memecut untuk sampai ke destinasi. Akhirnya aku sampai juga ke tempat yang dituju. 


Aku cuba berlagak seperti biasa dan tak nak mengharapkan yang bukan2 sebab terlalu jarang hari jadi ku disambut oleh keluargaku sendiri kerana aku sendiri malu untuk sambut hari jadi. Bukan kerana aku malu akan diriku yang sudah meningkat umur tetapi bagi aku menyambut hari jadi adalah untuk kanak2 yang sedang membesar. Aku juga tidak mengharapkan ada kek besar masa berbuka puasa nanti namun aku tidak dapat bayangkan apa akan berlaku nanti. 


Sampai dirumah, macam biasa aku disambut mesra oleh ibuku yang sentiasa menungguku kepulanganku. Aku salam tangan ibu dan membawa beg pakaian masuk kerumah. Anak-anak buahku juga dah menunggu nak ucap selamat hari jadi kepadaku. Arghhhh aku mula rasa segan disambut sebegitu rupa. Namun aku masih berlagak seperti biasa. Jam baru menunjukkan jam 7.05 pm , ini bermakna ada 20 minit lagi sebelum masuk waktu berbuka puasa. Semakin dah nak masuk waktu maghrib, adik-beradikku yang lain sudah mula pulang kerumah. Kakak pun sudah pulang dari bazaar ramadhan dengan suaminya untuk berbuka puasa bersama-sama.Begitu juga dengan abang aku. Semua sudah berkumpul. Aku begitu gembira. Aku x harapkan upacara besar-besaran, kek setinggi tiga tingkat dan lilin yang memenuhi kek untuk menyambut hari jadi tapi cukup sekadar berkumpul satu keluarga dan mengucapkan 'selamat hari jadi'.  


Akhirnya, setelah berbuka puasa bersama-sama, barulah ada kek harijadi dibawa keluar oleh ibu aku. semua manyanyikan lagu SELAMAT HARI JADI kepada aku... Anak-anak buah aku melompat-lompat gembira melihat kek yang bagi aku cukup bermakna bagi diri aku. hehehee...
Aku mula mengucapkan terima kasih kepada semua sebab sudi menyambut hari jadiaku walaupun dalam keadaan sederhana namun sudah cukup buat aku. Selapas itu kami semua makan kek dan berakhirlah sambutan hari jadi aku....


Di facebook pula, aku terima banyak ucapan selamat hari jadi...ada juga yang mengucapkan SELAMAT HARI TUA. Ake senyum :-)   Memang umur aku sudah meningkat. aku terima ucapan itu. Aku sudah mulai tua sejak umur aku meningkat. Ucapan selamat hari tua mempunyai banyak maksud. terpulang kepada individu itu untuk menerima atau sebaliknya. Tidak dinafikan pasti ada yang memuncungkan bibir mereka kalau ada kawan2 yang menghantar mesej selamat hari tua kepada mereka. itu tandanya mereka tidak mahu menerima yang mereka semakin tua. Salah ke nak beri ucapan selamat hari tua?? Mesti ke beri ucapan selamat hari jadi atau selamat ulangtahun kelahiran??


Sebenarnya, berapa ramai yang mengakui diri mereka semakin tua? Jika diberi pilihan, berapa ramai pula yang ingin menjadi muda? Pasti ramai yang akan berkata ,
                               "kalaulah aku boleh jadi muda..."
                               " eh, muka dah berkedut ni....."
                               " aku taknak jadi tua, aku nak mudah dan gagah macam dulu...."
Kebanyakan orang melihat menjadi muda itu lebih baik dari menjadi tua...Menjadi orang muda bermakna mereka lebih tampan, lawa dan gagah. Mereka hanya melihat peningkatan umur itu dari segi fizikal, kekuatan diri dan kepuasan hidup. Ramai orang tua akan menyesal kerana mereka tidak berpuas hati dengan masa muda mereka, sebab itulah timbul persoalan untuk menjadi muda semula.


Bagi aku, Menjadi tua itu bermakna diri kita semakin matang. Kematangan diri, pengalaman hidup akan sentiasa meningkat selaras dengan peningkatan usia.Jika dulu kita adalah kanak-kanak kecil, sekarang kita adalah orang dewasa yang mampu berdikari. Dulu kita adalah orang yang tidak pandai membaca dan tidak tahu mengira, adakah kita ingin kembali jadi muda yang tidak tahu membaca dan menulis itu?? Sudah tentu jawapannya tidak sama sekali.


Justeru, setiap dari kita harus melihat peningkatan umur itu dari sudut yang lebih baik. kita harus menghargai usia kita dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik kerana umur kita tidak boleh dikembalikan. Mungkin dari fizikal boleh dikembalikan., muka yang berkedut boleh di'getah'kan , badan yang kurus boleh disasakan kembali namun itu semua hanyalah di luaran semata-mata tetapi yang perlu kita lihat adalah bagaimana kita mematangkan diri kita, bagaimana kita menggunakan masa kita dengan sebaik-baiknya.Apa yang kita perlu raikan adalah kematangan diri kita.

Oleh itu, saya berharap kawan-kawan semua jangan mudah melenting bila ada sahabat2 yang mengucapkan SELAMAT HARI TUA kepada kita... sambutlah ucapan itu dengan ucapan terima kasih dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri... InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...