Friday 29 September 2017

Surat Rujukan Pening Kepala Episod 2

Sakit kepala sebenarnya tidak harus dipandang ringan kerana jika ia berlarutan akan memudaratkan kesihatan seseorang. Ramai yang bersikap tidak acuh akan simptom sakit kepala ini. Pain killer seperti paracetamol, ponstan, ibuprofen dan lain-lain lagi hanyalah menahan kesakitan itu sementara sahaja tetapi pemeriksaan lanjut harus dilakukan sekiranya ia menjejaskan aktiviti seharian seseorang.

Petang itu, Lisa tidak sedar dirinya telah tertidur sehinggalah jam 4 petang. Sangat lena tidurnya pada hari itu.Benar, tidor juga adalah salah satu jenis terapi untuk melegakan sakit kepala tetapi kali ini sangat berbeza rasanya. Sakit kepala Lisa masih juga ada tapi kurang sakit jika berbanding dengan keadaanya pagi tadi.

Lisa melihat jam sudah menunjukkan jam 4.30 petang, Lisa keluar dari bilik dan melihat suaminya Kamal sedang berehat di sofa di ruang tamu. Mungkin keletihan juga. Hari ini Kamal sendiri menguruskan anaknya Balqis dan Irfan.Mengahnatar dan mengambil anak dari sekolahpagi dan petang. Selalunya mereka berdua, tetapi kerana Lisa tidak sihat Kamal menguruskannya sendiri sementara anak bongsu mereka, zalikha awal-awal pagi telah dihantar ke rumah pengasuh.

" Abang, bangun... jam dah nak dekat pukul 5 petang. Kejap lagi nak pergi ambil budak-budak balik sekolah petang.." Lisa mengejutkan suaminya yang keletihan.

" Owh Lisa..sorry abang tertidur... lama dah Lisa bangun? " Kamal pantas bangun sambil menggosokkan matanya. Jam di tangan terus menarik mata Kamal.

" Baru je bangun tadi... jom siap ambil anak-anak.. lepas tu kita pergi makan Lisa laparlah..." Suara manja Lisa terserlah dengan gaya menggedik ala-ala model keletihan.

Mereka berdua terus bergegas untuk mengambil anak-anak takut lewat nanti mula la Balqis dan Irfan tarik muncung mereka. Balqis berusia 9 tahun manakala Irfan pula baru berusia 7 tahun. Masing-masing memahami tugas ibu bapa mereka yang sangat sibuk dengan tugas-tugas disekolah dan di rumah. Pernah beberapa kali Kamal dan Lisa terlewat mengambil mereka di sekolah kerana menghantar barang-barang yang dibeli oleh pelanggan. Hampir sejam Kamal dan Lisa lewat mengambil mereka. Mujur Balqis ada menemani Irfan yang kesedihan dan ketakutan kerana sekolah mulai sunyi dan tidak lagi kedengaran suara rakan-rakan mereka. Sejak dari itu, Kamal dan Lisa sentiasa mengingatkan diri mereka untuk mengambil anak-anak pada waktu yang tepat tanpa lewat!

" Mama cantik-cantik ni, kita nak pergi mana? Nak hantar barang lagi ke? " Soal Balqis

" Mama nak pergi makan lah... mama rasa lapar pulak. Daddy pun tak makan lagi kan daddy?" Jawab Lisa sambil memandang ke arah suaminya.

" Ahaa betul lah tu.. tapi kita nak makan kat mana?" Kamal mebalas balik soalan Lisa itu dengan soalan barunya yang membuatkan Lisa berfikir seketika.

"Ermmm.... " Lama lisa berfikir. Tiba-tiba Balqis memberikan idea yang membuatkan Kamal dan Lisa masing-masing tercengang. " Apa kata kita pergi makan di GhPO!! " Balqis tidak menyedari bahawa ibunya Lisa sedang mengalami sakit kepala yang menyebabkan ibunya itu mendapat cuti sakit dan perlu berehat dirumah. SEPATUTNYA berehat dirumah.

" Balqis... GhPO tu tempat shopping... bukan tempat makan..." Kamal segera menghalang kehendak Balqis itu dari merebak kepada isterinya Lisa. Namun Kamal sudah terlambat kerana sudah berputik bunga-bunga kembang didalam fikiran Lisa, Bunga-bunga kembang yang kian mekar newarnai dan menceriakan kotak fikiran lisa sehingga memmbuahkan fikiran baru kepada Lisa.

" Idea yang sangat baik Balqis. Boleh mama pergi shopping sekali.... Yahhoooo..." Sorak Lisa kegembiraan.

" Jom lah abang, alang-alang esok saya cuti, abang pun cuti esok boleh la kita pergi ke GhPO sambil-sambil mencari barang baru untuk buat promotion pada pelanggan kita nanti. " Lisa sememangnya pandai memujuk suaminya dan suaminya terpaksa akur dengan idea-idea Lisa yang sering  menggunakan pelanggan dan bisnes mereka sebagai alat untuk dia pergi bershopping.

Genting Highland Premium Outlet ( GhPO ) merupakan tarikan baru buat pengunjung-pengunjung tempatan dan luar negara yang akan berkunjung ke Genting Highland. Mula beroperasi pada bulan julai lepas, menjadi tarikan pada penduduk sekitar lembah kelang kerana mereka tidak lagi perlu berkunjung ke Johor bharu atau Melaka kerana Genting Highland juga telah mempunyai premium outlet yang mempunyai pakaian-pakaian yang berjenama dengan harga yang berpatutan.Malah, pengunjung dapat membeli-belah di atas banjaran titiwangsa dengan suhu seolah-olah berada di luar negara. Sangat sejuk berada di GhPO. Itulah yang menjadi kegemaran Lisa. Membeli-belah sambil menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit yang tinggi ini.

Lisa sangat seronok sepanjang berada di pusat beli-belah tersebut. Dari satu kedai ke satu kedai mereka masuk. Balqis turut terpengaruh dengan sikap emaknya itu manakala Irfan hanya mengikut kakak dan ibunya itu. Kamal pula sibuk menjaga Zalikha yang baru pandai berjalan. Kadang-kadang Kamal terpaksa mengejar Zalikha yang cuba hendak bermain dengan Kamal.Apabila Zalikha terjatuh, Kamal cepat-cepat mengangkat Zalikha dan memujuk jika anaknya itu menangis.

Kamal melihat isterinya itu dari jauh. Kamal sudah tidak berdaya untuk mengikut sahaja isterinya masuk ke semua kedai. Kamal hanya duduk di luar kedai sambil bermain dengan Zalikha. Setelah mencuba baju, kasut pula yang dicuba oleh Lisa. Kemudian alat solek, minyak wangi, dan macam-macam lagi. Kamal hanya menggelengkan kepala dan tersenyum. Barulah Kamal sedar yang mereka belum lagi makan. Tujuan utama mereka ke situ adalah untuk mencari makan tetapi jadi sebaliknya pula.

Apa yang menghairankan Kamal, isterinya yang mengadu lapar dari rumah tadi tapi terus melupakan rasa lapar itu apabila dapat membeli-belah. Isterinya itu juga adalah pesakit yang harus dirujuk ke Klinik Pakar, tetapi menjadi sihat apabila sampai di pusat beli-belah tersebut.

Pesakit itulah yang sepatutnya yang harus berehat di rumah tetapi sedang seronok memilih baju-baju dan alat-solek untuk digayakan oelh mata-mata yang ingin melihat kecantikan duniawi semata-mata.Orang yang mendapat cuti rehat juga boleh dipanggil pesakit kerana mereka sakit. Ya, itulah isterinya. Seorang pesakit yang berfikir sakitnya itu hanya sakit biasa. Jika sakit biasa, mengapa harus di rujuk untuk berjumpa dengan doktor pakar? Persoalan itu yang sering bermain di fikiran Kamal sejak pagi tadi namun hanya di simpan sahaja soalan itu kerana risau akan merungsingkan fikiran Lisa jika diajukan soalan itu kepada Lisa. Kamal hanya berharap isterinya itu tidak mengalami masalah kesihatan yang serius kerana dia tidak mahu kehilangan isterinya yang tercinta itu. Itu sahaja yang Kamal mahu. Melihat isterinya itu gembira dan bahagia.

Setelah selesai membeli-belah, mereka masuk ke food court dan makan malam di sana. banyak juga yang di pesan oleh Lisa. Lapar sangat agaknya maklumlah, sejak pagi lagi Lisa tidak makan. Selepas makan, mereka terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, Kamal melihat isterinya masih lagi tersenyum bahagia.

" Amboi... gembira abang tengok Lisa malam ni... lupa ke yang Lisa tu sakit kepala...? " Kamal turut tersenyum melihat wajah isterinya itu yang tak henti-henti mengukirkan senyuman kepuasan. Puas kerana dapat membeli-belah.

" Itu lah abang, lepas shopping tadi terus hilang sakit kepala Lisa ni. Otak ni rasa ringan je... rasa macam segala masalah sudah hilang.." terang Lisa dengan wajah yang sangat teruja.

" Lisa ada masalah ke? kenapa kata segala masalah sudah hilang.. Ada masalah kat tempat keje ke? " Soal kamal dengan penuh rasa curiga.

" Bukan macam tu abang, masalah kecil-kecil tu biasalah...semua orang ada masalah sendiri. Cuma lepas shopping tadi rasa macam sangat relax, sakit kepala ni terus rasa macam dah hilang. Itu je, bukan nya Lisa ada masalah..."

" Owhhh kalau macam tu lain kali abang suruh doktor shafinaz tadi tulis lagi satu surat rujukan lah ye..." Jawab Kamal secara spontan sambil melihat reaksi isterinya itu.

" Surat rujukan ape pulak ni abang? Nak kena rujuk ke mana pulak lagi? " Yesss!!! soalan itu lah yang di tunggu oleh Kamal. Berkerut kening Lisa bertanyakan soalan itu kepada Kamal.

" Surat rujukan kepada GhPO. Kepada GhPO, SILA BERIKAN DISKAUN/ SEPARUH HARGA KEPADA PESAKIT PENING KEPALA INI SUPAYA SAKIT BELIAU DAPAT DIPULIHKAN DENGAN KADAR SEGERA. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENERIMA PESAKIT INI. " Kamal gelak besar sambil memerhatikan isterinya itu.

-------------------------------------------------------------------

Betul lah apa yang selalu diperkatakan bahawa membeli-belah itu juga merupakan suatu terapi bagi mengurangkan stress atau tekanan bagi kebanyakan kaum wanita. Ya, perkara ini pasti berkesan jika hanya lah stress headache.

Namun bagi simptom sakit kepala itu yang berpanjangan seperti Lisa harus dibuat pemeriksaan selanjutnya oleh doktor pakar.  Lisa harus percaya pada doktor!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...