Friday 29 September 2017

Surat Rujukan Pening Kepala Episod 1

Jam di tangan baru menunjukkan jam 8 pagi menandakan waktu kerja baru sahaja bermula. Lisa terus mencapai beg tangan yang berada di meja lalu mencari-cari sesuatu di dalam beg tangan 'coach' yang di beli bulan lepas di Genting Highland Premium Outlet (GhPO).

'Ishhh mana panadol ni... tak kan dah habis pula..." Bisik Lisa sendiri di dalam hatinya.

Mata mula rasa berat, sejak dari malam tadi lagi Lisa sudah rasa pening kepala. Ini bukan kali pertama berlaku namun Lisa tetap gagahkan diri untuk masuk kerja. Salah Lisa juga kerana tidak mengambil apa-apa sarapan semasa di rumah tadi sebelum pergi kerja kerana sibuk uruskan anak-anak untuk dihantar ke pengasuh. 

" Lisa, awak okay ke? " Fazura, rakan sekerja Lisa menyedari akan keadaan Lisa yang kelihatan seperti orang tidak sihat cuba untuk membantu Lisa.

" Saya rasa pening kepala la Fazz... boleh awak tolong ambil telefon bimbit saya tak.. saya nak telefon suami saya untuk bawa saya pergi ke klinik." Lisa meminta bantuan Fazura. 

Setelah menghubungi Kamal, suami kepada Lisa, Fazura meminta kebenaran Pengetua sekolah tempat mereka bekerja untuk membenarkan Lisa dibawa ke klinik kesihatan yang berdekatan dengan sekolah mereka. Fazura menemani Lisa sementara menunggu Kamal tiba.  

" Lisa, awak ni selalu sakit kepala la... awak ada masalah ke? Saya tengok Kamal tu okay je layan awak... " Soal Fazura risau akan keadaan sahabatnya itu.

" Tak ada ape lah... biasalah migrain saya ni..." Jawab Lisa perlahan sambil memandang pintu pagar sekolah menantikan suami tercintanya datang menjemput.

" Tapi migrain awak ni selalu datang hujung-hujung bulan kan? Saya pelik lah...." Fazura soal lagi penuh dengan kemusykilan.

"Awak mengandung lagi ke? "  Soalan-soalan seterusnya datang bertalu-talu menembak kiri kanan Lisa namun Lisa hanya mampu membiarkan sahaja soalan itu datang menerpa ke arahnya...

Lisa faham akan karenah sahabatnya itu yang sangat mengambil berat akan keadaannya. Sejak Lisa berpindah ke sekolah itu, Fazura lah sahabat yang sangat memahami akan dirinya, yang boleh bergelak ketawa dan bergosip bersama-sama. Namun, Fazura masih lagi single sedangkan Lisa sudah pun mempunyai tiga orang anak. Jarang mereka dapat menghabiskan masa bersama di luar waktu kerja kerana kekangan masa yang lebih ditumpukan kepada keluarga. Ya! Keluarga yang harus diutamakan.

Kamal yang mendapat panggilan telefon dari isterinya terus sahaja mencapai kunci kereta untuk terus mengambil isterinya di tempat kerja. Kamal juga seorang guru seperti Lisa tetapi mereka mengajar di sekolah yang berlainan. Kelas baru sahaja bermula ketika Kamal mendapat panggilan telefon dari isterinya itu. Namun, kamal terpaksa meminta kebenaran untuk pulang membawa isterinya ke klinik. 

Sejak Kamal dan isterinya Lisa menjalankan perniagaan sampingan, Kamal sedar akan isterinya yang sering keletihan. Keletihan melayan karenah pelanggan. Keletihan melayan karenah anak-anak. Keletihan melayan anak murid. Hidup mereka juga berubah. Berubah menjadi lebih produktif!

Setiap masa mereka bekerja. Selesai tugas di sekolah, sebelah petangnya pula sibuk menyiapkan pesanan-pesanan pelanggan dan menghantar barang-barang yang di pesan oleh pelanggan. Kalau tak hantar ke pejabat pos laju, mereka sendiri akan menghantar ke tempat yang dijanjikan. Itulah rutin harian mereka. Setiap pergerakan mereka akan diberitahu melalui aplikasi facebook supaya pelanggan mengetahui bahawa mereka benar-benar serius didalam perniagaan ini.

Sampai sahaja di klinik, Kamal pun mendaftarkan isterinya untuk berjumpa dengan doktor yang bertugas.Mengambil nombor giliran dan menunggu seperti pesakit biasa. 

Keadaan klinik itu nampak kemas dan bersih walaupun ramai pesakit yang menunggu pada ketika itu. Susun atur perabut yang kemas dengan rak buku yang ditempatkan di sudut bacaan betul-betul disebelah akuarium. Ada kanak-kanak yang memerhatikan ikan-ikan berenang mengejar pasangannya sambil menyanyikan lagu ' lompat si katak lompat'. Memang tak kena dengan situasi itu!

Kamal cuba mengurut-urut kepala Lisa bagi membantu mengurangkan sakit kepalanya namun itu hanya mampu melegakan sedikit sahaja. Lisa pula hampir terlena di bahu Kamal terasa akan keasyikan dibelai manja oleh suaminya. Namun, bila memikirkan gilirannya yang masih belum dipanggil, Lisa merasa seolah-olah kepalanya hendak meletup. 

Lebih kurang lima belas minit kemudian baru lah nombor mereka dipanggil. Kamal memapah isterinya sambil menolak pintu bilik doktor. Seorang doktor wanita melayu yang ayu sedang menanti mereka di kerusi. Kamal dan Lisa memberi salam kepada doktor dan di sambut mesra oleh doktor muda itu. 

Lisa menceritakan keadaannya kepada Doktor Shafinaz dengan lebih terperinci. Lisa turut memberitahu masalah yang dihadapinya bermula sejak berada di Tingkatan Lima namun bukanlah kerap berlaku masalah sakit kepalanya itu. Tetapi masalah sakit kepala itu masih lagi berlaku sehingga kini tanpa sebab. "Ada suatu tempoh masa tertentu saya rasa seperti nak pitam dan berpeluh sejuk" Lisa menceritakan kepada doktor Shafinaz.

" Beginilah, saya rasa sakit kepala awak ni sangat serius kerana ia selalu berulang. Saya tak rasa ia hanya migrain atau sakit kepala yang biasa. Awak mungkin perlu diperiksa oleh doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut." Doktor Shafinaz membuat keputusan untuk Lisa.

" Saya akan menulis refferal letter ( surat rujukan ) kepada doktor pakar di hospital besar agar awak diperiksa oleh doktor pakar dan dilakukan ct scan bagi mengetahui keadaan dalam otak awak. " Terang doktor muda itu dengan berhati-hati.

Sebelum meninggalkan klinik, Lisa dinasihatkan agar banyakkan berehat dan mengelakkan dari melakukan aktiviti lasak. Surut rujukan untuk pening kepala Lisa diserahkan kepada Lisa untuk dibawa ke hospital besar bagi membuat temujanji berjumpa doktor pakar.

" Jangan lupa hantar surat rujukan itu segera ke klinik pakar ya..." Pesan doktor Shafinaz sebelum mereka berlalu keluar dari biliknya.

Lisa meminta Kamal untuk menghantarnya pulang ke rumah kerana Lisa ingin berehat dirumah memandangkan Dr. Shafinaz memberi Lisa MC selama dua hari.

" Esok saja lah kita pergi hospital besar hantar surat rujukan itu ya abang..." Pinta Lisa sambil memerhati raut wajah suaminya itu.

" Baik lah, esok saya ambil cuti untuk bawa awak ke hospital besar untuk buat temujanji ya..." Sampai dirumah, Kamal terus membawa isterinya kedalam rumah dan menyuruh isterinya berehat sebelum Kamal kembali ke tempat kerja.



Bersambung Episod 2.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...